❀08❀

28 16 0
                                    

Sudah beberapa bulan Zara dan Rayyan tidak berjumpa. Kini Zara berada di sekolah untuk mengambil keputusan SPM nya.

Zara berjalan masuk ke dalam dewan lalu menagmbil kertas keputusannya. Dia mengucapkan syukur kerana telah mendapat straight A. Setimpal dengan usahanya selama ini. Sibuk dia melihat kertas keputusannya. Tiba-tiba dia terfikir tentang Rayyan. Adakah lelaki itu baik-baik saja.

Zara bukannya terlalu jahat selepas menolak Rayyan. Zara selalu juga membantu Rayyan mengangkat buku. Tetapi hanya itu. Tidak lebih. Jujur Zara memang ada hati pada Rayyan tetapi dengan kondisi keluarganya yang bukan terlalu kaya memerlukan dia untuk berusaha lebih supaya dapat menjalankan hidup.

Zara yang melihat kertas keputusannya sambil berfikir. Tidak perasan ada seseorang yang berada di hadapannya. Apabila Zara mengangkat muka. Tersentak dia apabila melihat Rayyan berada di hadapannya.

"Awak buat apa dekat sini." Kata Zara sambil melihat Rayyan sudah tinggi daripadanya. Tinggi sikit saja.

"Nak jumpa awaklah." Kata Rayyan sambil tersenyum. Zara pelik melihat Rayyan yang tersenyum padanya.

"Buat apa nak jumpa saya?" Tanya Zara. Rayyan tersenyum pahit.

"Saja.. untuk kali terakhir." Kata Rayyan. Berkerut dahi Zara.

"Kali terakhir? Awak nak pergi mana?" Tanya Zara sedikit panik.

"Mama Papa saya nak pindah. Jadi saya kena ikutlah." Kata Rayyan. Tiba-tiba mata Zara menjadi panas.

"Eh. Awak nangis ke?" Tanya Rayyan panik. Cepat-cepat Zara mengelap air matanya.

"Mana ada saya nangis." Rayyan tersenyum kecil.

"Saya nak tanya untuk kali terakhir. Awak suka saya tak?" Tanya Rayyan. Menanyakan soalan yang dahulu pernah dia tanyakan pada orang yang sama. Zara terdiam sekejap. Dia perlahan-lahan mengangguk kan kepala. Rayyan tersenyum kecil.

"Okey. Itu saja bye." Kata Rayyan. Dia berura-ura ingin pergi namun cepat Zara menarik lengan baju Rayyan.

"Kenapa awak tanya. Kalau awak nak tinggalkan saya." Kata Zara.

"Saya-"

"Saya dah buat keputusan kalau kita ada jodoh pasti kita akan berjumpa semula. Jadi saya akan peegi untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat kerja bagus. Lepastu saya jumpa awak saya akan kawin teris dengan awak." Jawap Rayyan panjang lebar sambil tersenyum. Terharu Zara mendengar kata-kata Rayyan.

"Betul ni?" Tanya Zara. Rayyan mengagguk.

"Tapi awak kena janji sesuatu dengan saya." Kata Rayyan.

"Jaga hati awak untuk saya." Kata Rayyan lalu perjalan pergi. Zara tidak sempat mengejar Rayyan. Dia hanya tersenyum kecil.

"Saya cuba."

❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now