❀06❀

25 15 1
                                    

Zara menunggu Rayyan di luar kelasnya. Entah kenapa jantungnya berdegup laju. Adakah sebab masakan Rayyan ini terlalu sedap ataupun disebabkan oleh Rayyan?

Selepas lima minit menunggu di luar kelas. Rayyan keluar jeluar dari kelas sambil mengangkat banyak buku. Rayyan tidak perasan akan kehadiran Zara.

"Rayyan." Panggil Zara apabila Rayyan hanya melintasinya.

"Eh Zara. Buat apa kat sini?" Tanya Rayyan. Tangannya berusaha memegang semua buku sambil melihat Zara sambil tersenyum.

"Nah saya pulangkan awak punya bekal makanan." Kata Zara.

"Oh. Boleh tolong letakkan dalam beg saya tak? Tangan saya penuhlah." Kata Rayyan sambil tersenyum perit. Zara yang melihat Rayyan hanya mengangguk lalu nemasukkan bekal makanan ke dalam beg Rayyan.

Selepas sahaja memasukkan bekal. Zara mengambil separuh buku di tangan Rayyan untuk membantu Rayyan mengangkat buku. Rayyan tersentak dengan perbuatan Zara.

"Eh tak apa biar saya bawa buku tu." Kata Rayyan. Zara membuat isyarat diam.

"Dah macam nak patah tangan awak saya tengok bawa buku ni. Tak apalah saya tolong." Kata Zara. Dia berjalan meninggalkan Rayyan di belakang. Tersenyum Rayyan.

Selepas mengahantar buku ke bilik guru. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik guru.

"Terima kasih tolong angat buku tadi." Kata Rayyan. Zara hanya mengangguk.

"Makan tak bekal yang saya bagi tadi?" Tanya Rayyan. Zara hanya mengangkat bahu.

"Entah." Jawap Zara. Hancur sedikit harapan Rayyan apabila Zara menjawap begitu. Tapi dia masih memberukan senyyman kepada Zara.

"Saya suka awak." Kata Rayyan tiba-tiba. Terkedu Zara. Jantungnya sudah memainkan rentak.

"Awak suka saya tak?" Tanya Rayyan sambil melihat ke dalam anak mata Zara mencari kejujuran. Zara memalingkan muka.

"Tak." Jawap Zara pendek. Dia terus berjalan laju pergi dari Rayyan. Rayyan hanya mengangguk kecil.

"Tak apa. Aku cuba lagi nanti." Katanya perlahan lalu keluar dari kawasan sekolah untuk pylang ke rumah.

Zara bersandar di tepi dinding sekolah memegang jantungnya.

"Aku bukan tak suka dia. Tapi Rayyan muda dua tahun kot dari aku." Kata Zara sendiri. Fikirannya sedang berperang.

❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now