❀10❀

27 15 0
                                    

Rayyan keluar dari bilik pejabatnya. Dia berjalan keliar dari bangunan yang megah miliknya itu. Apabila melihat ada pekerjanya yang memberi salam kepadanya Rayyan akan menjawap dengan senyuman. Dia tidaklah sombong dan bongkak walaupun sekarang telah menjawat jawatan yang besar di dalam bangunan itu. Zarayyan's Holding.

Ya. Sekarang dia telah menjadi seorang CEO syarikat miliknya sendiri. Pada umur yang masih muda dia telah daoat membuat sebuah syarikat yang ternama di Malaysia.

Rayyan masuk ke dalam kereta Audi miliknya lalu memandu kereta ke ke suatu tempat.

.

Rayyan memasuki kawasan rumah yang agak besar. Dia keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah yang disusun cantik.

"Assalamualaikum." Laung Rayyan kuat.

"Waalaikumsalam." Sahut seorang budak lelaki.

"Paksu! Paksu dah balik!" Kata budak riang itu. Rayyan tersenyum melihat Afeeq yang berlari mendekatinya. Dia terus mengangkat badan Afeeq kedakapannya.

"Haah. Paksu dah balik. Mana mama Akip?" Kata Rayyan. Afeeq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka berjalan masuk ke ruang dapur.

"Paksu nak tau satu cerita tak?" Kata Afeeq teruja. Rayyan mengangkat keningnya.

"Tadi kat hospital Afeeq jumpa doktor cantik." Kata Afeeq.

"Jadi?" Tanya Rayyan tidak faham mengapa Afeeq berkata begitu.

"Doktor tu rupa dia sama macam gambar dekat hempon paksu." Cerita Afeeq. Rayyan mengangguk.

"Macam mana Apik tahu muka dia macam dalam gambar dalam handphone paksu. Apik kacau handphone ya?" Tanya Rayyan. Afeeq menggigit bibirnya.

"Apik bukan kacau. Apik terrrnampak saja." Kata Afeeq polos. Rayyan tersenyum. Sebelum dia tersedar sesuatu.

"Betulkah muka doktor tu sama?" Tanua Rayyan. Afeeq mengangguk laju. Rayyan tersenyum penuh makna.

"Yess. Jumpa pun."

❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now