❀13❀

32 10 0
                                    

Zara keluar dari rumah untuk ke kliniknya seperti biasa. Namun pada hari ini agak tidak biasa.? Zara memutarkan matanya apabila kenal dengan belakang badan lelaki itu.

"Buat apa sini?" Kata Zara. Rayyan memusingkan badan lalu mengahadap Zara.

"Saya nak betulkan salah faham awak terhadap diri awak pada saya." Kata Rayyan tegas.

"Salah faham apa. Saya tak ada masalah lagi dengan awak. Tepi saya nak keluarkan kereta ni. Saya dah lambat pergi kerja." Kata Zara dia ingin masuk ke dalam keretanya namun terhenti kerana Rayyan memanggilnya.

"Masa kat mall awak nampak saya dengan perempuan lain kan?" Tanya Rayyan. Zara hanya diam tidak membalas sambil memeluk tubuh.

"Sebenarnya itu kakak sayalah, kakak saya Raisya. Budak lelaki tu pula anak buah saya Afeeq." Jelas Rayyan. Zara berfikir sejenak. 'Kakak?'

"Oo." Jawap Zara singkat.

"Jadi awak dah faham kan. Saya tak ada anak bini lagi. Saya cuma ada bakal isteri sajalah." Kata Rayyan lagi Ayat terakhirnya diucap dengan senyuman yang penuh makna.

"Kalau awak dah ada bakal isteri pergi lah khawin dengan dia. Kenapa kacau saya lagi." Kata Zara seperti ada nada cemburu. Rayyan tersenyum sedikit.

"Awak lah bakal isteri saya." Kata Rayyan sambil mengenyitkan matanya. Zara tersentak mendengar jawapan Rayyan namun cepat-cepat dia mengawal riak wajahnya.

"Sudah tepi saya nak keluar." Kata Zara. Dia terus masuk ke dalam kereta. Namun Rayyan masih berada di hadapan pagar rumahnya. Rayyan mengucapkan sesuatu namun tidak didengari Zara. Zara terus menekan hon keretanya kerana Rayyan masih tidak berganjak. Rayyan akhirnya masuk ke dalam kereta lalu mengalihkan keretanya. Keluat sahaja Zara dari luar pagar rumahnya. Dia terus memandu kereta laju membelah jalan untuk ke kliniknya. Zara tersenyum sedikit.

"Lah. Kakak rupanya. Aku ingatkan siapa lah perempuan tu." Kata Zara sambil tersenyum. Namun dengan secepat kilat senyumannya hilang.

"Aduh. Kenapalah aku cepat betul salah faham. Dah lah haritu aku marah marah dekat Rayyan. Siap maki hamun dia lagi. Astagfirullah malunya aku." Kata Zara sendiri. Dia menghantukkan kepalanya di stereng keretanya apabila menyedari perbuatannya yang cepat salah faham tanda memeriksa dahulu.

❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now