❀03❀

31 16 0
                                    

Pada waktu rehat Rayyan ke perpustakaan kerana lupa membawa wang saku. Apabila masuk ke dalam perpustakaan hanya ada beberapa orang sahaja yang ada situ.

Rayyan berjalan sekeliling perpustakaan sambil mencari buku yang menarik di baca. Sambil dia mencari buku. Rayyan melihat Zara yang duduk di hujung perpustakaan sambil membaca. Cahaya yang menyinari Zara yang berada di tepi tingkap membuat Rayyan terpaku.

'Nampak Cantik.' kata Rayyan di dalam hati. Walaupun Zara sedang sedang memakai cermin mata berbentuk bulat yang menyebabkan dia terlihat nerd.

Zara yang perasan sedang dilihat terus mengangkat kepala.

"Apa tengok-tengok?" Kata Zara membuatkan Rayyan tersentak. Rayyan terus mengawal riak wajahnya. Dia memberikan senyuman kepada Zara.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Rayyan. Dah nampak tanya lagi.

"Membaca lah takkan memancing pula." Jawap Zara. Rayyan mengangguk dia berjalan mendekati Zara.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya Zara apabila Rayyan semakin dekat dengannya.

"Tak ada apa-apa. Saya lupa bawa duit jadi saya pergi perpustakaan lah." Jawap Rayyan. Zara mengangguk.

"Kenapa pakai spek kemarin tak pakai pun?" Tanya Rayyan.

"Masa membaca atau belajar saja saya pakai." Jawap Zara singkat. Rayyan kehabisan idea ingin berbual menggaru kepalanya.

Rayyan melihat Zara yang berdiri lalu berjalan meninggalkannya. Dia bergegas mengekori Zara dari belakang. Rayyan melihat Zara yang berada di kaunter perpustakaan untuk meminjam buku. Terkaku Rayyan melihat senyuman Zara yang kelihatan manis di matanya semasa melihat Zara berbual dengan Guru yang menjaga kaunter.

Selepas sahaja keluar dari perputakaan Rayyan terus pulang ke kelas kerana waktu rehat sudah tamat. Dia termenung melihat luar kelas sambil terkenang senyuman Zara pertama kali walaupun bukan untuknya.

'Aku dah kenapa? Aku suka kat dia ke?" Kata Rayyan sendiri.


❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now