❀07❀

26 16 0
                                    

Rayyan memasuki kelas dengan perasaan yang gembira. Dia duduk di kerusinya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Zarif yang melihat Rayyan lalu berjalan mendekati Rayyan.

"Kau kenapa dari tadi senyum. Kenapa crush notice ke?" Kata Zarif. Rayyan memandang Zarif.

"Kau tau tak. Kakak kau habiskan makanan yang aku bagi kat dia kemarin." Kata Rayyan sambil tersenyum. Zarif hanya mengangguk.

"Oo. Kau ni aku ingatkan kakak aku suka kau balik ke apa ke." Kata Zarif. Terus berubah riak wajah Rayyan.

"Kemarin aku tanya dia suka aku ke tak. Dia jawap tak." Kata Rayyan sayu. Zarif mengagguk kepala.

"Memanglah siapa je nak kat kau. Pendek." Kata Zarif pedas. Bagai tertusuk panah Rayyan rasakan apabila Zarif berkata begitu.

"Hahahah... kau ni aku main main sajalah.

.

Zara termenung di kelas semasa cikgu sedang mengajar di hadapan. Dia todak dapat fokus apabila terkenangbkejadian kelmarin.

"Zara."

"Zara."

"Zara Natasyah." Kata Cikgu Munira sedikit kuat apabila anak muridnya itu tidak menjawap. Tersentak Zara dibuatnya.

"Kamu fikir apa sampai tak dengar cikgu panggil." Kata Cikgu Munira sedikit tegas. Zara tertinduk malu apabila perhatian yertumpu kepadanya.

"Saya minta maaf cikgu." Ucao Zara. Cikgu Munira mengangguk tanda memaafkan lalu menyambung pelajaran. Zara menepuk pipinya supaya lebih fokus.

"Fokus Zara sekarang bukan masa untuk bermain. Tahun ni kau nak ambil SPM." Kata Zara menyedarkan dirinya.

.

Semasa waktu rehat Zara berada di perpustakaan seperti biasa. Dia membaca buku dengan senyap di belakang perpustakaan. Rayyan yang datang entah dari mana terus memberikan Zara sekotak air susu.

"Nah minumlah." Kata Rayyan sambil memberikan kotak susu tersebut. Zara tersenyum melihat Rayyan. Namun cepat-cepat dia memasang muka datar.

"Tak apa saya tak nak. Awak tu yang patut minum susu. Biar tinggi sikit." Kata Zara datar. Rayyan hanya mengangguk.

"Zara sebenarnya saya nak cakap sesuatu..." Kata Rayyan.

"Rayyan saya tahu awak suka saya. Tapi saya tak ada masa untuk bercinta. Jadi jangan kacau saya lagi." Kata Zara. Jantungnya hampir meletup berkata begitu. Bukan niatnya ingin menyakitkan hati Rayyan. Cuma dia tidak mahu bercinta sekarang. Takut akan mengganggu pembelajarannya. Sudah dia akan mengambil peperiksaan besar pada tahun ini.

"Saya minta maaf kalau saya kacau awak tapi saya cuma nak dekat dengan awak saja." Kata Rayyan sedih. Zara merasa kasihan melihat Rayyan tapi dikuatkan hatinya untuk berkata tidak.

"Saya minta maaf." Kata Zara dia berjalan keluar dari perpustakaan. Rayyan hanya diam tidak berkutik. Hatinya sedih tapi mungkin benar mereka masih budak-budak untuk bercinta.

❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now