Bab 5

6 0 0
                                    

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Pantai kasihWhere stories live. Discover now