Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.