Bab 6

4 1 0
                                    

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai 'sapi tua' menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap 'sapi tua' itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pantai kasihWhere stories live. Discover now