Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan 'sapi tua' iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.