Bab 9

14 0 0
                                    

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

Pantai kasihWhere stories live. Discover now