•00•

11 1 0
                                    

𝗗𝗶𝘀𝗰𝗹𝗮𝗶𝗺𝗲𝗿
• No copyright without permission.
• Story credit to my own.
• Character credit to my own.
• Not related to anyone dead or alive.
• Please be considerate in comments.
• Please be patient in reading.
• Please read according to the number. I can't believe Wattpad done this to me. (*Sorry, wattpad. Don't take me down).
• Reveal 2 will be make. Please look forward.




"Yah...! Kau sedar tak!! Kau tak de otak ke nak guna? Hah?!".

Owner restoran itu atau boss Sooyoung menuding kepalanya berkali - kali. Dan di situ Park Sooyoung hanya berdiri tanpa melakukan apa - apa. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia berasa bersalah, tetapi bossnya langsung tidak memberi muka.

Tiba - tiba, seseorang tiba dari luar restoran itu lalu segera menuju kearah mereka dengan riak wajah risau.

"Sorry, puan. Minta maaf sangat - sangat atas kesalahan kawan saya. Saya akan explain-...".

"Dah, dah. Berhenti! Aku dah tak nak dengar explain - explain apa lagi dah. Sekarang ni, siapa nak bayar makanan ni? Makanan sebelum ni pun?".

"Ah, Sa- Saya akan bayar".

Seseorang itu yang dikenali sebagai kawan Sooyoung, Kang Seulgi mengeluarkan pursenya dan menggelabah untuk mengeluarkan sesuatu tetapi, apa yang dia boleh nampak di dalam pursenya ketika itu hanya kad kreditnya.

Dia terkaku. Keningnya berkerut ketika dia merasa keliru dan seperti terbeban. Dia bukannya berasa berat untuk membantu kawannya itu tetapi, dia berasa kecewa kerana dia tidak dapat membantu Sooyoung.

"Aku tak terima kad".

Boss Sooyoung berkata pendek dan bernada tegas. Mungkin dia terlampau marah dengan Sooyoung sehingga ingin menyusahkan kawannya itu walaupun sebenarnya restorannya membenarkan penggunaan kad.

Tiba - tiba, Sooyoung memegang tangan Seulgi lalu menariknya kebawah perlahan - lahan sebelum berkata dengan tegas kepada empunya restoran itu.

"Saya bayar cash".

Sooyoung segera mengeluarkan pursenya lalu segera mengeluarkan segala jumlah bayarannya lalu dihulur. Kemudian, wang itu dirampas oleh empunya restoran itu.

"Haih... Kan elok kalau bayar daripada awal?".

Owner restoran itu mengomel sambil sibuk mengira duit sehingga akhirnya Sooyoung membuka mulut.

"Semua akan selesai awal dah kalau puan hanya berdiam".

Sooyoung membawa Seulgi keluar daripada restoran itu selepas melepaskan apron dari tengkuknya. Manakala, boss Sooyoung atau sekarang hanya empunya restoran itu hanya terdiam sambil melihat mereka keluar daripada restoran itu.

Sooyoung merangkul lengan Seulgi sambil berjalan beriringan melalui jalan yang sunyi dan hanya diterangi oleh lampu jalan sahaja.

"Sorry, unnie".

"Kenapa?"

"Mmm.... Sebab dah menyusahkan unnie".

Sooyoung menyandarkan kepalanya dibahu Seulgi. Seulgi hanya ketawa perlahan sambil menjeling sedikit kearah Sooyoung dibahu kanannya.

"Menyusahkan apa? Unnie tolong je. Tapi lepas tu, Sooyoung pulak end up tolong unnie".

Seulgi menunduk hampa.

"Dengan bayaran tu ke? Mana ada. Sooyoung bertanggungjawab. Lagipun tu salah Sooyoung. Sooyoung tak tolong unnie pun".

"Jadi, tu tanggungjawab unnie jugak. Untuk tolong Sooyoung. Tanggungjawab Sooyoung pun untuk tolong unnie".

Sooyoung mengeluh perlahan sambil mengangguk. Akhirnya, dia kena bersetuju dengan Seulgi.

"Jom, cepat. Juhyun unnie tengah masak tadi kat dorm. Nanti diorang tinggalkan kita".

"Diorang memang akan tinggalkan kita ke?".

"Eih... Jom jelah, cepat".

Arah Seulgi sebelum mereka segera menghentikan teksi yang melintas dihadapan perhentian bas berdekatan.

Berkenaan kes tadi, Sooyoung secara tidak sengaja merosakkan hidangan pelanggan dan itu bukannya kali pertama. Ya, ia bukannya sengaja. Perbuatannya seperti hilang dari kawalan.

'Kau tak de otak ke nak guna'. Ayat tu seperti sudah sebati dengannya memandangkan sudah ramai yang menyebutkan ayat itu kepadanya tanpa rasa bersalah. Ianya betul jugak sebenarnya. Segala perbuatan yang teruk dilakukan secara tidak sengaja olehnya. Ianya di luar kawalannya. Sejak 5 tahun yang lalu, dia disahkan menghidapi impulse disorder.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now