•02•

3 0 0
                                    

Mata Sooyoung terus membuntang selepas lelaki itu mengkhabarkan kepada kawannya melalui earpodnya yang dia telah jumpa orang yang mengganggu panggilan mereka tadi.

Sooyoung terus mengambil beg silangnya daripada kerusi dan segera ingin melarikan diri daripada lelaki itu tetapi sebelum itu....

"Tunggu. Aku takkan cederakan kau".

Lelaki itu bernada tegas sehingga membuatkan Sooyoung percaya dan menoleh perlahan - lahan. Lelaki itu masih ditempat yang sama. Dengan gaya berdiri yang sama iaitu tangan digenggam dihadapan. Sooyoung terus mengambil kesempatan ini untuk bertanya.

"Siapa encik?"

Sooyoung menyoal dengan sopan tetapi nadanya tidak dapat tipu yang dia masih ragu - ragu.

"Aku? Manusia".

Kening Sooyoung berkerut sambil cuba memerhatikan penampilan lelaki itu.

Lelaki itu tinggi dan agak berisi. Mungkin lemak atau ketul. Rambut yang hanya jatuh dihadapan sehingga hampir menutupi matanya tetapi masih boleh dilihat oleh Sooyoung. Topeng muka hitam yang sudah cukup membuat orang curiga dengannya. Pakaiannya yang formal seperti dia sedang menghadiri majlis perkahwinan. Tangannya yang disusun rapi dihadapan dan struktur kaki yang teratur. Walaupun rambutnya menutupi keningnya, tetapi dia dapat rasakan lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam. Sebelum, tiba - tiba....

"Aku nak tanya".

Lelaki itu melangkah selangkah ke hadapan. Manakala, sewaktu dengannya, Sooyoung melangkah beberapa langkah kebelakang sehingga membuatkan lelaki itu mengeluh sebelum bersuara lagi.

"Aku takkan menjerit kalau kau sejauh tu".

"It's okay. Saya boleh dengar".

Lelaki itu mengeluh lagi sambil masih memerhati Sooyoung sebelum menyambung.

"Apa yang kau akan buat selepas kau keluar dari dewan ni?".

Sooyoung terkedu. Soalan yang dia tidak sangka lelaki itu akan tanya. Soalan yang seperti lari daripada keadaan mereka tadi. Dia cuba menjawab dengan tenang dan cuba meraih kepastian lelaki itu.

"Sa- Saya balik rumah lah. Jangan risau, tak terfikir pun nak report".

Sooyoung cuba bernada selamba dengan tawa kekok dan perlahan di hujung ayatnya walaupun dia sebenarnya sedang ketakutan.

"Macam mana aku nak percaya kau?".

Sooyoung mengerling sekilas lelaki itu sebelum secara automatik kakinya melangkah beberapa langkah lagi kebelakang.

Lelaki itu memandangnya tajam sebelum secara selamba menulis sesuatu di tangannya.

Sooyoung mengerutkan keningnya. Dia keliru dengan kelakuan lelaki itu yang secara tiba - tiba, tetapi dia ragu - ragu untuk bertanya sehingga dia ternampak sedikit tulisan yang tertulis ditangannya. Berkenaan penampilannya pada hari itu.

"Ap- Apa tu?".

"Aku tulis penampilan kau hari ni. So, bila kau bagitahu sesiapa pasal ni, orang aku akan datang cari kau".

"A- Ani".

Sooyoung terus berlari kearahnya dan memegang tangan lelaki itu. Dakwat yang tertulis ditangannya dipadam oleh Sooyoung dengan penuh semangat.

Lelaki itu tersenyum sinis disebalik topeng mukanya sebelum memegang tangan Sooyoung dan menariknya lebih dekat.

Sooyoung terkejut dan segera mengangkat kepalanya untuk melihat lelaki itu dan....

Jarak mereka ketika itu hanya satu inci antara satu sama lain.

"So, kau tahu kan apa akan jadi dekat kau kalau kau bagitahu sesiapa?".

Lelaki itu berbisik perlahan ditelinga Sooyoung dengan nada suara rendah.

Sooyoung terkedu dan jantungnya berdegup dengan sangat laju. Berdegup bukan kerana jatuh cinta atau apa. Dia sejujurnya takut jika kata - kata lelaki akan menjadi realiti satu hari nanti.

Sebelum sempat dia menarik semula tubuhnya daripada lelaki itu, lelaki itu terus bersuara lagi.

"Heh. Your heart is beating so fast, huh?".

Sooyoung terkedu sekali lagi sebelum apa yang dia dapat rasakan sekarang hanyalah kemarahan. Daripada menarik semula tubuhnya daripada lelaki itu, dia menolak tubuh lelaki itu daripadanya dengan kuat tetapi lelaki itu cuma terbaling sedikit dari jaraknya tadi dan masih tidak melepaskan tangannya.

Dia sudah cuba meronta tetapi masih tidak dilepaskan. Amarahnya semakin bertambah. Dia tahu yang kekuatannya tidak setanding dengan kekuatan lelaki itu tetapi ini sudah mencapai tahap perlecehan.

"Lepaskan aku, f*cker. Jangan raih perhatian orang lain atau aku takkan ragu - RAGU UNTUK REPORT KAU!".

Sooyoung sudah mencapai tahap kesabarannya sehingga dia sendiri yang tanpa disedari meraih perhatian orang lain. Diakhir ayatnya, dia tidak sengaja meninggikan suaranya.

Terus tangannya dilepas selepas lelaki itu melihat sekelilingnya yang sudah memberi perhatian kepada mereka.

Perasaan malu yang seketika sudah diselubungi perasaan marah dan perasaan marah itu bertambah. Nafasnya yang sudah tidak teratur kerana keletihan, cuba diatur semula olehnya. Matanya hanya menatap mata lelaki itu dengan tajam untuk beberapa ketika dengan gigi yang diketap geram sebelum segera meninggalkan dewan itu sambil menggenggam tangannya kuat.

Dia sudah membuat keputusan untuk tidak melaporkan apa - apa berkenaan ini kepada pihak polis. Bukannya kerana dia takut jika orang - orang lelaki itu akan datang berjumpanya, tetapi kerana dia sangat berharap dia takkan berjumpa dengan lelaki itu lagi.

Selama hidupnya, ini adalah pelecehan seksual pertama yang dia pernah lalui dan dia sangat sensitif dan membencikan pelaku itu sehingga dia boleh meletakkan hukuman kepada dirinya sendiri jika suatu hari nanti dia terserempak sekali lagi dengan lelaki itu.

*
*
*
*
*

Jam baru menunjukkan 4.47 pagi tetapi Sooyoung sudah bangun dan ingin menjenguk kawan - kawannya diluar bilik sambil menggosok mata yang sudah sedikit tertelan.

Tiba - tiba, pintu bilik Joohyun dan Seulgi dibuka dari dalam dan Seulgi keluar dengan segera. Tanpa menyedari kehadiran Sooyoung dia terus menuju ke pintu masuk dan sibuk menyarung stoking.

Sooyoung menjongket keningnya. Dia berasa pelik. Di awal pagi ini mana ada kedai buka kalau Seulgi ingin pergi bekerja.

"Unnie".

Terus Sooyoung memanggil tanpa menunggu lama lagi. Dan Seulgi terus menoleh kebelakang. Memandangkan dia tak tahu dia sudah diperhati sejak tadi, jadi dia terkejut bila Sooyoung tiba - tiba bersuara.

"Oh, Sooyoung ah. Hari ni sekolah kan?".

Balas Seulgi tanpa melihat Sooyoung dan masih menyarung stoking. Nampaknya hubungannya dengan stoking itu sedang tidak baik.

"Urm. Unnie? Nak pergi kerja ke?".

"Ha'ah".

"Kerja apa?".

Terus Sooyoung menyoal kali ini tanpa berdolak dalih lagi. Dia sudah lama curiga dengan pekerjaan Seulgi jadi hari ini dia harap dia dapat merungkai rahsia itu.

Seulgi terdiam tetapi tangannya masih bergerak. Dia terkedu didalam hati dan tidak tahu ingin menjawab apa.

Dan Sooyoung masih berdiri disitu menunggu jawapan sebelum Seulgi akhirnya cuba memberi jawapan.

"You know, public bar buka 24 jam. Unnie, kena ganti shift".

Kini Seulgi memandang Sooyoung ketika menjawab dan Sooyoung masih dengan wajah bangun tidur.

"Nae, unnie pergi dulu ye? Hari ni Sooyoung sekolah kan. Ingat, EEMBC. Then, everything's gonna be fine".

Seulgi memberinya senyuman sebelum segera meninggalkan dorm itu.

"𝐸𝑣𝑒𝑟𝑦𝑡ℎ𝑖𝑛𝑔'𝑠 𝑔𝑜𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑓𝑖𝑛𝑒.... 𝑁𝑎𝑒. 𝑆𝑒𝑚𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑖𝑘 - 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑘𝑢 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑗𝑎𝑔𝑎 𝑑𝑖𝑟𝑖".

Sooyoung tersenyum sendirian walaupun Seulgi sudah pergi dari situ.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now