•04•

4 0 0
                                    

Sooyoung menyarung kot musim luruhnya sebelum terus menuju ke pintu. Nampaknya dia kelihatan tergesa - gesa kerana sudah terlambat untuk ke kolej.

Dia sempat memandang ke bilik Joohyun dan Seulgi sebelum dia sampai ke pintu keluar. Dia perasan yang Seulgi langsung tidak keluar dari bilik hari ini.

*****

Sooyoung berlari anak menaiki anak tangga ruangan kolejnya. Dia risau jika pensyarah yang mengambil alih kelas mereka pagi ini tiba sebelum dia.

Dia duduk di tempat yang dia selalu duduk. Disitu masih terdapat kawan - kawannya yang selalu duduk dengannya. Harinya berjalan seperti selalu tetapi, hanya satu yang pelik.

"Yah, kau tak perasan ke?".

"Mwo?".

Sooyoung yang sibuk menyusun barangnya diatas meja, seperti terpaksa melayan kawannya, Seyoon.

Seyoon memuncungkan bibirnya ke arah kanannya diseberang tangga yang berada disebelahnya.

Dia menoleh dan terdapat..... Taehyung sunbae yang hanya baru hari ini dia duduk di tempat itu.

Dia memandang Seyoon semula dengan laju.

"Asal dia duk situ?".

Dia menyoal dengan nada bisik.

"Mana aku tahu. Dia nak dengan kau kot. Hahah".

Sooyoung memukul bahu Seyoon sedikit kuat dengan riak wajah menyampah. Tak mungkin orang yang digilai ramai itu tiba - tiba memberi perhatian kepada dia seorang.

*****

Pensyarah mereka beredar selepas kelas tamat. Dan waktu ini mereka bebas kemana - mana.

"Haaahhh...".

Sooyoung mengeluh sambil menyandarkan tubuhnya ke kepala kerusi itu.

"Asal?".

"Apa yang kita belajar tadi?".

"AM (add math)".

"Ani. Benda apa....? Benda apaaa......?".

Sooyoung mengusutkan rambutnya. Terang - terang dia menunjukkan yang dia tidak faham dengan kelas tadi tetapi tidak angkat tangan ketika pensyarah bertanya jika faham atau tidak.

"Tulah kau... Ego, tak nak angkat tangan".

"Lepas tu? Kau ego jugak ke tak nak kongsi ngan aku?".

Sooyoung menjelingnya lalu terus membuang muka ke kanan dan tiba - tiba....

"Park Sooyoung ssi. Aku nak study AM dekat library. Nak ikut? Kau boleh ajak kau kawan sekali. Aku boleh ajar kalau kau tak faham".

Sooyoung terkedu. Orang yang bercakap dengan dia tadi, tak lain tak bukan, crush dia atau nama penuhnya Kim Taehyung.

Sooyoung terkedu. Ni bukan pelik biasa lagi. Lebih dari pelik. Taehyung yang selama ni tak pernah bercakap dengan siapa pun dalam kelas kolej mereka itu dan sekarang ni dia bercakap dengan Sooyoung yang juga tak pernah menegur dia. Bukan sahaja tak pernah menegur, tak pernah muncul dan tiada apa - apa kaitan dengannya sebelum ini.

Sooyoung memandang Seyoon untuk beberapa minit tetapi lamanya seperti berjam - jam. Mereka bercakap menggunakan telepati dan Taehyung hanya memerhati.

"Erm... Nanti saya datang".

Balas Sooyoung setelah lama.

"Okay".

Balas Taehyung sepatah sebelum meninggalkan mereka.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now