•15•

0 0 0
                                    

Sooyoung masih duduk di bangku yang sama. Dia menggengam tangannya dan bermain - main dengannya. Kakinya digoyang - goyangkan kerana bosan.

Menunggu bukannya perkara yang senang dan Taehyung hilang buat masa yang lama. Hubungannya dengan tekaknya juga tak baik waktu ini. Dia memerlukan orang tengah yang dapat menenangkan pergaduhan itu iaitu air.

Dengan angin yang meniup lembut menenangkan dirinya. Perlahan - lahan matanya ditutup. Fikirannya dikosongkan. Dia bernafas lembut, teratur dan tenang.

Akhirnya, dia berasa tenang semula. Memorinya tentang perkara dibangunan karaoke itu lenyap dan diganti dengan perasaan gembira. Perlahan - lahan bibirnya tersenyum.

Kini, dia boleh berasa tenang ketika dia keseorangan tidak sepeti sebelum ini sehingga...

"Jeogiyo?".

Dia membuka matanya dan orang yang berada dihadapannya sedang memakai sut formal seperti seorang bodyguard. Bukan. Seperti orang yang dia terjumpa di parti hari jadi Junghyeon tempoh hari.

Tapi kali ini bukannya seorang. Tetapi tiga orang.

Dia terus berdiri dan mengundur kebelakang bangku sebelum bertanya kehendak orang itu. Dia masih mengekalkan kesopanan walaupun dia perlu berwaspada.

"Perhaps you know Kim Taehyung".

Sooyoung terkedu. Apa kena mengena Taehyung dengan orang yang berpakaian seperti itu. Dan yang peliknya, dia menggunakan bahasa inggeris juga seperti hari itu. Dia terus menggeleng untuk melindungi Taehyung. Ataupun dirinya.

"This is a message from Jooun. 'Bring the girl that have hanging up with Aeth recently'. You're hanging up with him recently, if i didn't mistaken".

Sooyoung tersentak. 'Jooun' ialah nama yang disebut oleh Taehyung pagi tadi. Dan siapa pulak Aeth? Ingin sahaja dia mengusutkan rambutnya sekarang. Baru sahaja dia kosongkan fikirannya tadi tiba - tiba dia menerima lebih banyak info misteri.

"Wait. Who is Jooun? Who is Aeth? Is Aeth is...".

Orang dihadapannya kelihatan terdiam ketika Sooyoung tidak dapat menyambung lagi soalannya. Mereka menurunkan tangan semula lalu disilangkan dibelakang badan sebelum membalas.

"Jooun is our chairman. The association must obey Jooun's order to stay alive. And about Aeth...".

Sooyoung terkedu dengan perkataan 'to stay alive'. Jadi, Jooun ini ketua mereka untuk persatuan yang bukan biasa - biasa?

Sooyoung menunggu jawapan untuk soalannya yang seterusnya dengan kerutan di keningnya. Dia ingin sangat mengetahui semua benda ini agar tiada lagi tanda tanya dan dia boleh tenang semula. Tetapi, jawapan orang dihadapannya itu masih tidak memuaskan sangat baginya.

*
*
*
*
*

"Apa plan kau?".

Seseorang itu yang dipanggil sebagai 'Luies' bernada tegas sambil masih menekan tubuh Taehyung rapat ke dinding.

"Relax, girl. You're choking me".

Taehyung tergelak spontan sementara Luies masih dalam situasi tegang.

"What? About that girl i'm hanging out with? Who? Park Sooyoung?".

"Shh!".

Luies menekan leher Taehyung. Dia serta - merta menjadi cemas apabila Taehyung menyebut nama Sooyoung dengan kuat.

"Hahah. Kau memang tak leh sorok perasaan kau walaupun kau pakai mask?".

Taehyung tergelak lagi menyebabkan Luies menjadi geram. Dia terus mengeluarkan pistol daripada poketnya dan dihunus kearah Taehyung.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now