•08•

0 0 0
                                    

Sooyoung menekan butang padlock pintu rumahnya. Dan serentak dengan itu, seseorang menghampirinya. Seseorang itu hanya tertunduk sambil berjalan.

"Oh, unnie....".

Seulgi berjalan seperti sedang lesu sambil menghadap ke bawah sahaja. Bila dia mendongak dan perasan keberadaan Sooyoung, serta - merta tubuhnya ditegakkan dan berjalan seperti biasa. Ternyata dia sedang memakai mask.

"Gwaenchana?".

Sooyoung yang masih risau dengannya ingin segera memapahnya tetapi Seulgi mengelak.

"Nae".

Balas Seulgi pendek sebelum berjalan masuk. Sooyoung hanya memerhatinya dengan kening yang berkerut.

Joohyun dan Seungwan yang berada di dapur dihadapannya juga tak ditegur dan terus masuk ke dalam bilik.

Seungwan dengan laju memandang Sooyoung dengan isyarat bertanya dan Sooyoung hanya mengangkat bahu. Manakala, Joohyun hanya mengerutkan keningnya.

Disebabkan ingin tahu, Seungwan segera ingin mengekorinya ke bilik tetapi belum sempat langkahnya yang kedua, Joohyun menahannya.

Joohyun mengarahkannya untuk memberi masa dan ruang dahulu untuk Seulgi sebelum menegur dan Seungwan akur.

*****

"Seulgi ah".

Seungwan meletakkan sedulang makanan diatas kabinet di sebelah katil Seulgi. Walaupun ditegur, Seulgi yang berada dibawah selimut, masih tidak membalas.

"Seulgi ah, demam ke?".

Soal Seungwan. Kali ini dia betul - betul risau sebab Seulgi langsung tidak menjawab.

"Seulgi ah..-".

"Seungwan ah...".

Barulah Seulgi membalas dengan nada malas. Mujurlah tiada nada lemah dalam suaranya.

"Can i not eating tonight?".

Soal Seulgi yang masih diselubungi selimut. Seungwan terdiam. Dia tak tahu ingin membalas apa, sama ada menyoalnya kenapa atau menghalang atau membenarkan.

Tak lama kemudian, barulah Seungwan membalas dengan spontan.

"Mwoya... Selalunya tak skip dinner. Ppalli, ppalli. Jangan nak berdalih".

Seungwan membalas dengan nada gurau untuk menyedapkan hatinya dan Seulgi. Namun, Seulgi masih tidak membalas.

Seungwan terdiam seketika sebelum akhirnya membalas.

"Mmh... Aku tinggalkan kat sini, ye? Nanti kalau Seulgi rasa nak makan nanti senang".

Seungwan bernada gembira juga untuk menyedapkan hati sebelum berjalan keluar. Walaupun, dia tau Seulgi takkan membalas, tetapi dia ingin Seulgi berasa selesa.

Tetapi, belum sempat Seungwan membuka pintu untuk keluar, Seulgi bersuara.

"Seungwan ah, boleh minta tolong?".

Seungwan menoleh laju lalu menyoal dengan nada teruja. Dia ingin sangat membantu kawannya yang dalam kesusahan walau apapun.

Dia menunggu Seulgi menyambung memandangkan Seulgi hanya berdiam untuk seketika. Dan akhirnya dia menyambung....

"Tolong bawak dulang tu keluar. Thanks".

Seungwan tersentak. Baru sahaja dia meninggalkan dulang itu untuk Seulgi tetapi, belum dijamah lagi...

Seungwan terdiam dan tertunduk. Tiada senyuman pada bibirnya. Hanya perasaan hampa.

Tetapi tak lama kemudian, dia tersenyum lagi.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now