•19•

0 0 0
                                    

Joohyun membuka pintu sebuah bilik. Suasana yang gelap dan hanya dihiasi cahaya daripada luar tingkap itu sangat sunyi sehingga hanya bunyi AC sahaja yang bergema. Keadaan bilik yang dipenuhi rak- rak buku dan satu meja dan kerusi sahaja kelihatan seperti mempunyai empunya.

Di dalam bilik yang sunyi dan gelap itu terdapat seseorang yang sedang duduk dikerusi yang membelakangi pintu masuk. Seseorang itu hanya menghadap rak buku tanpa menyedari kehadiran Joohyun sambil sedang bermain jari.

Dia berjalan mendekati seseorang itu. Kepala kerusi itu dipegang olehnya lalu dipusing menghadapnya perlahan - lahan. Lalu dia memegang tangan kerusi itu dan membongkok untuk menjadi setara dengan orang yang sedang duduk itu. Dia mengunci mata dengan orang itu yang hanya berjarak kira - kira 10 cm sahaja.

"What's in your mind.... Seungwan ssi?".

Joohyun tersenyum sinis membuatkan orang itu iaitu Seungwan tergelak kekok.

"Pfft... Do you want me to kiss you?".

Seungwan berseloroh dan Joohyun masih tersenyum sebelum Seungwan menolak perlahan tubuh Joohyun untuk berdiri daripada kerusi itu.

Dia berjalan ke tingkap untuk menyaksikan suasana malam yang sunyi itu.

"You know this is my seat, right? Asal? Pasal headmaster ke?".

Soal Joohyun lagi sambil duduk diatas meja itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu disebalik ini. Seungwan takkan mematikan telefonnya begitu sahaja. Seungwan takkan duduk sahaja di office Joohyun tanpa pengetahuannya.

Seungwan menyilang tangannya lalu menghela nafas berat. Dia berasa berat ingin membalas tetapi akhirnya dia membalas lambat tetapi bukannya jawapan.

"Unnie, unnie rasa sampai bila kerja ni akan bertahan?".

Joohyun mengelip matanya perlahan. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Dia tidak menjawab malah dia menyoal lagi.

"Maksudnya?".

"Ani. Just... Identiti kita bukan lagi rahsia kebelakangan ni. Seulgi pun... Dia tahu ke? Kalau dia tahu.... Apa agaknya yang dia rasa? Seungwan rasa... Bersalah".

Seungwan tertunduk hampa. Dia berasa hampa kepada dirinya. Pada waktu ini, hanya dirinya yang dia rasa patut dipersalahkan.

Joohyun berdiri lalu berjalan mendekatinya. Dia memberi senyuman tipis kepada Seungwan sebelum memeluk tubuhnya.

"It's okay to quit, Seungwan ah. It's not your fault. It's not even your fault.... Stop taking all the blame on yourself. Make yourself the first priority to care about. Kalau Seungwan dah tak tahan lagi, just tell them everything. It's okay to take the burden as long as you know it will end sonner. I'll help you for everything else so just tell me anything. Be strong no matter what, Seungwan ah. Then.... Everything's gonna be fine".

Seungwan menunduk lalu menyorokkan wajahnya di bahu Joohyun. Dia berasa selesa. Kata - kata Joohyun sangat menyenangkan. Namun, dia tak boleh menjadikan dirinya seorang yang penting. Walaupun kepada dirinya sendiri.

*
*
*
*
*

Seulgi membuka pintu biliknya. Keberadaan Joohyun yang dia sangka ada di ruang tamu, rupanya tiada kerana Joohyun tiada di dalam biliknya. Joohyun tiada di mana - mana pun di dalam rumah itu.

Serentak dengan itu, Sooyoung keluar daripada biliknya. Terus Seulgi menyoalnya.

"Ada Seungwan unnie?".

"Oh, Joohyun unnie tak de ke? Ha'ah, Seungwan unnie tak de dekat bilik".

"Erm. Diorang tidur kat luar kot".

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now