•17•

0 0 0
                                    

Taehyung melihat isi dalam kereta itu dengan mata yang terbuntang. Ketika jantungnya berdegup laju kerana keletihan sebelum ini, kali ini jantungnya berdegup laju kerana terkejut.

Dia tidak dapat membuat sebarang pergerakkan. Dia terkedu.

Ketika itu, kakinya menggigil dan ingin sahaja dia jatuh kelantai. Tapi itu bukan pengakhiran yang sepatutnya.

"Andwae.... Tu bukan darah dia. Bukan... Jebaalll!!".

"Haaarrgghh!!".

Taehyung menolak bodyguard di belakangnya dengan kuat. Dia berpusing lalu terus menghempap bodyguard yang sudah teratuh itu. Dia menumbuk orang itu tanpa henti.

Jika ini pengakhiran hubungan mereka, sekurang - kurangnya dia perlu membalas dendam. Walaupun orang itu hanya menghalangnya daripada menyelamatkan Sooyoung. Nyawa perlu dibalas dengan nyawa.

"Aaaaaarrghhh!! Aarghh Haaaaarrrggghhh!!".

Taehyung mengerang tanpa berhenti dan kekuatan tumbukannya bertambah dari jeritan pertama dan seterusnya. Sehinggalah, orang itu sudah tidak berdaya.

"Haaahh Haaaahh...".

Taehyung berdiri lalu terus tersandar pada van itu. Dia keletihan. Dia sempat melihat sekelilingnya. Akhirnya, dia menjadi tumpuan orang ramai sekali lagi. Dia tergelak seorang diri.

"Hahahahhahh...".

Dia sudah tidak peduli jika orang sedang merakamnya. Dia sudah tidak peduli jika dia akhirnya akan meringkuk di penjara kerana ini. Dia sudah tidak peduli dengan segalanya.

Dia berasa sangat sakit. Dan hanya ini yang orang ramai lakukan? Merakam? Bukannya menolong? Jadi bagaimana dengan kes - kes pembunuhan sebelum ini? Mereka tidak peduli?

Sekarang baru dia faham bagaimana perasaan ahli keluarga kepada orang yang menjadi mangsa pembunuhan.

Untuk pertama kalinya, dia berasa sangat sakit kehilangan seseorang. Perlahan - lahan cecair jernih mengalir dari matanya. Sehingga, tiba - tiba...

'Tok! Tok! Tok!'.

Cermin van itu diketuk dari dalam. Kelihatan seperti....

Mata Taehyung terbuntang kembali. Riak wajah hampanya bertukar kepada riak wajah terkejut. Namun, air matanya masih tidak berhenti mengalir.

Seseorang didalam itu menunjukkan isyarat ke pintu van yang berlawanan.

Kemudian, terus Taehyung beralih ke pintu itu dan seseorang keluar daripada pintu itu dengan berlumuran darah. Taehyung masih terkedu.

Tangannya dipegang lalu dibawa lari. Dan Taehyung masih berdiam. Dia kehilangan kata - kata. Dia tak tahu apa yang dia rasakan ketika itu. Sama ada perasaan hampa atau lega. Hanya satu yang dia tahu.

Sooyoung selamat. Dan darah itu bukannya darahnya.

*
*
*
*
*

Mereka menaiki kereta dan Joohyun terus menghidupkan enjin. Dia betul - betul risau. Terdapat banyak tujuan yang dia perlu pergi untuk mencari Seungwan tetapi dia tidak tahu kemana dia patut pergi dahulu.

Tinggal satu sahaja pergerakan yang patut buat sebelum kereta itu bergerak iaitu menekan minyak. Tetapi dia terkedu.

Pergerakkannya menjadi tidak tenang. Gear kereta yang sepatutnya ditukar ke gear D untuk maju kehadapan, tertukar olehnya menjadi gear R. Yang lain terus tersentak.

"Mi- Mian".

Joohyun cuba menenangkan semula dirinya tetapi tangannya terang masih menggigil dan kelihatan seperti tidak tahu untuk memegang mana.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now