lapan

325 52 40
                                    

"SERI! Apa kau buat di sini?!" Athalia berbisik keras. Tangan Seri yang menyentuh bahunya dari belakang dijatuhkan.

Mana dia tak terkejut dengan kehadiran Seri yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Sekurang-kurangnya, berilah salam. Ini tidak, main terjah.

Nasib saja Talhah tak berada di ruangan yang sama dengannya kini memandangkan Talhah sibuk bekerja di bilik bacaan.

Seri senyum manis. Tangan digenggam dan ditarik, menyeret Athalia yang berdiri tegak.

Athalia tak mahu.

"Kau tak patut ada di sini, Seri. Ini bukan tempat kau." Athalia tarik tangannya semula.

Seri senyum sinis.

Tak sedar diri sungguh perempuan di hadapan dia ini.

"Ini juga bukan tempat kau. Pulanglah, Athalia." Tegang wajah Seri.

"Untuk apa, Seri? Untuk pulang ke pangkuan seseorang yang pernah merampas kebahagiaan aku?" Athalia senyum kelat. Jadi, Seri datang untuk menuntut dia?

Tch.

"Sudah 17 purnama kau tidak pulang. Kau hanya menumpang saja di sini. Baliklah." Bahu Athalia dipegang.

"Cukuplah aku pernah tinggalkan Talhah dua tahun lamanya. Aku dah tak mampu untuk hadap semua itu lagi. Hati aku tak kuat macam dulu lagi!" Tegas Athalia. Fikirannya kembali pada waktu di mana dia berpisah dengan sang kekasih dalam keterpaksaan.

Tak rela.

Tak sudi.

Namun, Athalia dirampas tika gadis itu sedang berbahagia dengan si jantung hati. Dalam keterpaksaan.

Separuh jiwanya ada di sini, meninggalkan rindunya yang membukit terhadap Talhah.

Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu.

"Apakah kau sudah lupa, kau akan terima hukuman jika kau berkeras untuk tinggal di sini? Usahlah lakukan sesuatu yang tidak memberi untung buat kau sendiri."

Athalia angkat kepala.

Athalia tak sanggup.

Tak sanggup nak hilang Talhah lagi.

"Katakanlah pada perempuan jahanam itu, usah ganggu aku lagi. Aku akan maafkannya jika dia tidak mengganggu aku dan Talhah lagi."

"Aku cuma mahu bahagia, Seri." Tambah Athalia lagi. Sendi lututnya mula lemah.

Mengapa bahagia sangat susah untuk digapainya?

"Kau akan tetap dihukum. Dibutakan dan dibisukan oleh bonda jika kau tetap mahu berada di sini. Kau tak boleh lari dari semua ini."

"Tidak, bonda pasti murka. Kau cuma perlu tinggalkan tempat ini dan kembali pada kami." Ujar Seri. Dia tak berputus asa.

"Aku tak mahu! Kerana bonda, Talhah lupa siapa aku! Kerana dia, segala kenangan yang aku bina bersama Talhah dirampas dia!" Tingkah Athalia. Nadanya tinggi.

"Kerana perempuan jahanam itu, Talhah lupa siapa aku." Athalia mengulang lagi. Tangan dikepalkan. Menggigil seluruh tubuhnya akibat menahan dari melepaskan tempias amarahnya yang hampir dihamburkan pada yang tak bersalah.

"Aku tak sekuat kau, Seri. Mungkin suatu masa dahulu aku pernah kuat dan harungi semua musibah yang datang. Tapi, biarlah kali ini aku hidup bahagia dengan Talhah setelah aku berjaya dapatkan dia semula." Athalia berjalan menuju ke arah anjung bilik.

Terdiam Seri buat seketika.

Cinta yang Athalia dan Talhah bina sangat kuat. Tapi, Athalia harus terima kenyataan yang cinta tak semestinya memiliki. Itu yang Seri dapat simpulkan. Dia tak memihak kepada sesiapa.

Isteri Buat TalhahWhere stories live. Discover now