sebelas

254 46 9
                                    

i repeat , no third wheel person :3

•••••••

"SIAP!" Athalia teriak kecil. Kemeja putih yang dijahit menggunakan tangannya sendiri. Fikirnya, baju itu mahu dihadiahkan buat Talhah. Sejak pulang dari mengambil Engku Noreen, Talhah enggan buka mulut.

Warna kemeja putih tersebut sengaja dipadankan warna sama seperti gaun yang dijahit Talhah yang baru siap separuh peratus.

Reben merah yang dijahit di bahagian tengah kolar diikat kemas. Dia harap sangat Talhah suka.

Rambut perang gelapnya diselit ke belakang telinga agar tak menganggu proses penyiapan hadiahnya buat Talhah. Karang kalau reben tu terikat dengan rambut dia sendiri, ada juga yang botak kang.

Angin sepoi-sepoi bahasa mendinginkan tubuh. Athalia tutup bahu yang terdedah dengan selimut yang membaluti tubuh dari belakang. Cahaya bulan yang samar-samar menembusi kain langsir yang beralun ditiup angin. Athalia pandang ke luar sekilas.

Sudah lama dia tidak pulang, Athalia sedar akan kenyataan tersebut. Tapi, andai kata dia hanya menjenguk apa yang berlaku di sana, tidak salah kan?

Sejak Seri memberi amaran tentang hukuman yang bakal dia hadapi jika berterusan untuk tinggal di sini, Athalia keresahan memikirkan apa yang perlu dia buat.

Salah Athalia sendiri, kerana jatuh cinta pada dua orang jejaka yang berasal dari dunia yang tak sama sepertinya. Langkahnya sudah tersilap.

Jatuh cinta pada dua insan yang turut mengasihinya, tetapi...

...berbeza waktu.

Sebentar tadi, Engku Noreen sibuk nak sediakan hidangan buat makan malam walhal Athalia lah yang selalu menjadi si tukang masaknya.

Itu Athalia tak kesah.

Hatinya mendongkol geram apabila Talhah menyebelahi pihak Noreen.

Bagi Athalia sendiri, boleh je masak sama-sama. Tiada masalah pun.

Dengan muka tenang, Athalia terperap di dalam bilik lalu menyempurnakan pakaian yang dibuat khas untuk Talhah ini. Dapat tekanan otak saja kalau asyik fikir pasal Noreen.

Athalia gigit benang yang berlebihan sehingga putus, sekadar mahu mengemaskan jahitan yang menghiasi baju suaminya itu.

Terhias senyuman senang di wajah gadis itu sambil memegang kemas bahagian bahu baju putih tersebut.

Sunyi, sebelum ada suara yang mengganggu konsentrasinya.

"Melur sudah tiada, Athalia." Bait bicara suara seorang perempuan menyentak Athalia. Baju putih di tangannya terlepas lalu jatuh ke atas lantai.

Badan dipusingkan 360 darjah.

Seri.

"Tak perlu jaja cerita semata-mata nak aku pulang ke sana, Seri." Sinis Athalia membalas meskipun hatinya terdetik satu rasa yang tidak enak.

Kelopak mata Seri separuh kuyu. Jelas, wanita di hadapan Athalia ini kelelahan.

"Aku tidak pernah berbohong pada kamu. Tak cukup lagikah saudara kita sudah dibunuh musuh, kau masih berdegil untuk tinggal di sini?!" Jerkahan Seri berjaya menjatuhkan air mata Athalia yang bertakung.

"Melur—" Athalia hilang kosa kata. Kelu lidahnya hendak membalas. Bibir bergetar hebat apabila memikirkan saudara perempuan kesayangannya sudah meninggalkan dia. Buat selamanya.

Isteri Buat TalhahWhere stories live. Discover now