dua belas

196 41 20
                                    

ay , ada yg ingat saya lagi ?

••••••••

WAJAH bersih Athalia dipandang sayu. Hati sering tertanya-tanya, hairan.

Kenapa... Athalia selalu berkelakuan pelik?

Kenapa... Athalia tak sama rupa parasnya seperti manusia-manusia yang dia pernah jumpa?

Talhah memang jarang keluar untuk bertemu dengan orang luar. Lagi-lagi, dia sudah diberi amaran oleh orang tuanya agar tidak percayakan sesiapa pun yang mendekati mereka sekeluarga. Talhah tak membantah, dia rasakan ada baiknya juga orang luar tak mengenali mereka.

Less talk, observe more.

Sepanjang Athalia berada di sisinya, Talhah bagaikan seorang budak 4 tahun yang masih tak mengerti dunia. Akal diterjah pelbagai soalan yang sering menghantui.

Di mana dia nak dapatkan jawapan soalannya itu?

Talhah sandarkan kepala pada dinding. Melepaskan tekanan otak dan berehat sebentar usai membersihkan bahagian belakang badan Athalia yang diselaputi darah merah pekat sejam yang lalu.

Darah itu datang dari mana, dia sendiri tidak tahu.

Nak hantar ke hospital, bondanya dah melarang keras. Ayah juga.

Kenapa dia tak dapat jawapan lagi? Kenapa jiwanya dapat rasakan bonda dan ayahnya menyembunyikan sesuatu.

Fragile.

Dan jawapan yang dicari-cari, tersimpan kemas dan langsung tak memberi clue kepada Talhah. Jawapan yang hilang bagaikan kaca, dijaga elok oleh ibu ayahnya agar tak disentuh kanak-kanak 4 tahun yang ingin menyentuhnya. Yang sering tertanya-tanya.

Pandangan ditebarkan tepat pada tong sampah yang dipenuhi dengan gumpalan tisu. Tisu yang basah dengan darah.

Riak wajah sang isteri yang selalu tenang dan ceria, menimbulkan lagi syak wasangka yang menerjah diri.

Athalia, kalau Athalia cintakan Talhah, you've told me everything right?

Mana istilah 'tiada rahsia antara kita' yang pernah Athalia janjikan dulu?

"Talhah..." Terus Talhah pandang Athalia yang pucat seluruh tubuh, terutamanya wajah suci itu.

"No, no. Don't do anything, butterfly. Just rest." Dada Athalia yang dibalut gebar putih itu ditahan lembut. Cukup untuk membataskan pergerakan Athalia.

Tangan mencapai sudu lalu dituangkan air suam beberapa titis. Belakang leher Athalia dipegang untuk menunduk sedikit.

"Thank you, my Charming Talhah," ujar Athalia dengan suara serak. Sempat dia memuji. Tak sangka Talhah nampak dia telan liur kerana haus. Tajam betul mata suaminya itu.

Talhah senyum segaris.

"Welcome, sayang."

Seketika, Talhah nampak bibir Athalia bergetar.

"Athalia?"

"Talhah, Athalia takut..." tutur Athalia tiba-tiba. Seluruh anggota badannya bergetar.

Pantas tubuh Athalia didakap erat. Menyalurkan kekuatan yang dia ada kepada isterinya. Walaupun dia tak tahu atas sebab apa Athalia nak rasa takut.

Talhah dudukkan Athalia lalu dadanya yang lebar menjadi sandaran bagi kepala Athalia. Pinggang Athalia dirangkul dari belakang.

"Athalia takut nak tinggalkan Talhah," sambung Athalia. Nadanya semakin rendah. Kolam mata terasa hangat.

Isteri Buat TalhahWhere stories live. Discover now