sepuluh

249 49 53
                                    

anda akan confuse ya di bab ini. harap baca baik ii ><

••••••••

"ATHALIA tak boleh." Talhah mengulang  kenyataan yang Athalia beri. Lelaki itu tersenyum pahit. Kepala diangguk berkali-kali.

Tak cukupkah dia untuk seorang Athalia?

Apa Athalia lebih tinggi darjat darinya?

Perit.

Kebenaran, bukan ini masanya untuk terbentang di depan mata.

Bukan ini waktu yang paling tepat.

"Fine. Talhah pun tak nak la Athalia. Tengok muka, terus turn off." Talhah cuba tutup luka di hati. Dia bangun dan pakai semula kemeja putih pada badan.

"Talhah..." Gumam Athalia.

Bagi Athalia, biarlah dia seorang yang menanggung sakit.

Sendirian.

Athalia tak sanggup nak tengok Talhah turut berduka.

"I wish I can do this." Athalia senyum segaris.

Dia berdosa.

Berdosa kerana tolak permintaan suami untuk bersama.

Athalia tak sanggup.

Tentang apa penerimaan Talhah di kemudian hari.

"Dari aku layan kau, baik aku borak dengan Ayah." Sinis.

Talhah mengetap gigi.

"Turun."

Athalia angkat kepala. Tak mengerti.

"Takkan la nak duduk bilik 24 jam. Ayah kat bawah mesti tunggu anak dengan menantu dia ni." Athalia dipandang atas bawah.

Athalia mengengsot turun dari katil. Rambutnya yang kelihatan tak terurus disisir dengan jari jemari sebelum diikat satu.

Hampir saja dia tersadung apabila ada tangan kekar yang menarik tangannya keluar dari kamar. Nasib tangan tak tercabut. Talhah yang mula menuruni anak tangga diikut.

Kalau tak ikut nanti, kena jeling pula.

"Ha, turun pun awak berdua. Buat apa dalam bilik siang-siang macam ni?" Tanya Puan Ayesha. Tak berlapis. Puan Ayesha senyum senget.

Talhah usap belakang leher.

Tak buat apa pun, bonda. Kena reject ada la.

Athalia pula hanya berdiri tegak di belakang Talhah. Enggan bertemu dengan Engku Emran yang tenang membaca surat khabar di ruang tamu.

"Pergi salam Ayah." Belakang badan Athalia ditolak ke arah Engku Emran. Talhah paksa juga walaupun Athalia mengeraskan badan.

"Athalia? Kenapa tercegat je kat situ? Tak nak bual dengan ayah? Tak pernah jumpa ayah kan, seingat bonda la." Ujar Puan Ayesha. Hairan dia dengan Athalia yang dari tadi hanya menunduk.

Athalia membuka langkah.

Gadis itu duduk melutut di hadapan ayah. Kedua tangan dihulur untuk menyalami si ayah mertua. Mata terkatup rapat.

Athalia tahan rasa.

Engku Emran tersenyum senang. Tangan menantu disalam. Badan dibongkokkan sedikit lalu kepalanya mendarat tepat di atas bahu Athalia.

Isteri Buat TalhahWhere stories live. Discover now