....
TALHAH cuit sedikit gel pelembap kulit lalu sapukan pada pipi lembut Athalia. Memang itu rutin suami isteri itu setiap kali selepas membersihkan diri.
Usai dengan sesi urut muka si isteri, sikat dicapai dan rambut Athalia disisir tenang.
Sekali sekala rambut Athalia dihidu.
Segar.
Wangi.
Kemudian, pengering rambut dipasang dan rambut Athalia yang panjang mengurai itu dikeringkan.
Athalia tak bergerak. Matanya hanya memerhatikan pantulan diri di cermin di atas meja solek.
"Hari ni Talhah cuti. So, what do you think you want to do with me today, hm?" Ujar Talhah, memecah kesunyian antara mereka berdua di dalam bilik.
"How about..."
"We make our own outfits?" Athalia koyak senyuman lebar. Suka.
"Sure, tapi Talhah tak tahu menjahit." Kening sebelah diangkat.
"It's okay. Athalia tahu menjahit." Senyum manis tak pudar dari wajah Athalia.
"So, can we start now?" Talhah depakan tangan. Isyarat minta Athalia pakaikan baju dia.
Tak banyak soal, Athalia bangkit dari duduk dan pakaikan baju Talhah. Athakia tak rasa segan sebab Talhah memang dah siap-siap singlet hitam dan boxer.
Lagipun, mereka berdua sudah tahap suami isteri. Bukan setakat kekasih.
"No, my husband. Kita sarapan dulu, okey." Dagu Talhah dicuit sebelum cepat-cepat Athalia menjauhi Talhah.
"Athalia, stop."
Langkah Athalia terhenti.
"Talhah pelik kadang-kadang—"
"—kenapa sebelum tidur, Athalia selalu tak ada sebelah Talhah? Nak kata Athalia kemas rumah, semuanya dah bersih dalam rumah ni. Athalia tak suka tidur dengan Talhah ke hm?"
"Athalia ada masalah untuk tidur malam. Tapi, tak teruk sangat." Athalia beralasan.
"So what's the matter to not to sleep with your husband, butterfly? Tak berkait pun masalah tak boleh tidur dengan baring sama-sama Talhah." Suara Talhah semakin tegang. Langkah dibuka merapati Athalia.
Sengaja dia menguji Athalia. Kerana dia tahu Athalia ada rahsiakan sesuatu yang dia perlu tahu.
Athalia berundur. Dada Talhah ditahan. Talhah ni suka buat jantung dia hampir gugur tak tentu pasal.
"Kalau macam tu, lepas ni Athalia baring sebelah Talhah ya. Jangan serius sangat muka tu. Athalia takut." Detak jantung tak seirama.
Athalia gementar.
"Good girl." Pinggang Athalia dirangkul membuatkan si isteri tersentak sedikit.
Muka Talhah semakin rapat dengan Athalia.
Dan rapat.
Ting! Tong!
Athalia berdiri tegak. Tubuh Talhah ditolak lembut ke tepi. Athalia berlari anak menuruni anak tangga.
YOU ARE READING
Isteri Buat Talhah
RomanceTalhah suka Athalia. Athalia suka Talhah. Mudah. Cute je kisah cinta mereka kan? Ke... Tak? "I tak sure... Kalau you betul-betul sayang kan I. I pun tak sure kalau I betul-betul sayang you." "Then, how about seal a kiss to confirm it?" [ ON - GOING...