P R O L O G

186 17 2
                                    

"Doktor Rhea..."

Aku mengangkat kepala apabila merasakan namaku dipanggil. Aku tersenyum sedikit paksa apabila melihat kehadiran rakan seperkerjaan-ku.

Doktor Azmi.

"Iya?" Sahut Aku dengan suara perlahan.

Doktor Azmi mengaru tengkuknya sambil tersenyum sedikit malu.

"Urm... Saya nak ajak doktor lunch, Doktor sudi?" Tanyanya dengan nada memohon.

Aku menggaru keningku yang terasa gatal. Sebenarnya, Aku kurang selesa berdekatan dengan Doktor Azmi kerana dirinya yang sudah mempunyai girlfriend. Aku tidak mahu dicop perampas dengan orang-orang. Fikiran ku berbelah bahagi.

Tiba-tiba di otak cerdikku tercipta sebuah alasan yang logik.

"Maaf, lain kali ya? Saya ada janji dengan tunang saya nak lunch sama-sama." Ucapku dengan tenang sambil menekan perkataan tunang.

Seketika muka Doktor Azmi menjadi datar. Senyuman tadi hilang sekelip mata. Aku melihat kedua tangannya terkepal erat. Dia berjalan pergi tanpa sebarang kata.

Aku mehembus nafas lega.

Doktor Azmi, Kesemua pekerja dihospital ini sangat tahu tentang Doktor Azmi yang sudah mempunyai girlfriend, mereka juga tahu tentang Doktor Azmi yang juga mahu berdekatan dengan Aku walaupun ia sudah mempunyai girlfriend. Aku sudah banyak kali cuba berjauhan dengannya tetapi tidak berhasil.

Tiba-tiba meja Aku dihempas dengan beg oleh seseorang.

Puk!

"Oi Beruk!"

Aku memandang tajam kearah wajah sahabat neraka Aku. Doktor Ainul. Dia lah sahabat Aku Dari sekolah hingga sekarang. Aku Dan minah tu banyak persamaan seperti cita-cita dan minat.

Aku memandang wajah sahabat neraka Aku dengan tajam. "Salam mana salam?" Dia tersengih seperti kerang busuk.

"Assalamualaikum, habibi..."

"Waalaikumussalam, scimmia" Aku menjawab sambil mengambil Telefon pintar dan dompet milikku.

"scimmia? Apa tu? Makanan ke?" Ainul bertanya dengan dahi yang berkerut.

"Google lah sendiri sayangku, Dah la cepat kata nak lunch!" Aku terus keluar dari ruangan kerja Aku. Meninggalkan Ainul dengan fikirannya.

"Woi tunggu lah!"

•••

"Ai, kau pergi lah dulu. Biar aku yang pergi bayar makanan." Ainul hanya mengangguk mengiyakan lalu pergi ke kereta meninggalkan sahabatnya.

Aku bangun lalu pergi kearah counter cashier. Tiba-tiba, Aku tidak sengaja melanggar bahu seorang lelaki.

"I'm so sorry, Sir." Tanpa menunggu jawapannya Aku kembali berjalan.

Lelaki itu terdiam berdiri.

Tiba-tiba sebuah senyuman manis tercetak Di muka kacak-nya.

"Ci vediamo, piccola..."
(See you, baby)

Jangan lupa vote sayang-sayang semua!

𝐎𝐆 | 𝐀𝐒𝐇𝐄𝐑 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍 Where stories live. Discover now