"Assalamualaikum, bonda!" Laung Rhea dari arah pintu masuk. Dia seperti orang tak tentu hala dengan membawa bagasi nya.
"Diam la gila! Subuh subuh dah menjerit." Ainul dari arah belakang dengan laju menegurnya. Dia berjalan dengan pantas bergerak ke arah ruang tamu.
Rhea menjeling rakannya dengan mulut muncung seperti tenuk.
"Nak kejut orang bangun subuh pun tak boleh." Dengan nada perlahan Rhea mencibir.
Rhea berjalan menuju ke sofa ruang tamu yang telah diduduki oleh Ainul.
Bukk
"Ahh sedapnya dapat duduk!"
Ainul mengangkat sebelah keningnya heran. 'lah tadi dalam kereta dia cangkung ke?'
"Ha! mengata aku lah tu." Rhea menjeling ke arah Ainul disebelah.
Tiba-tiba suara Ainul menegur seseorang yang baru sahaja masuk di pintu utama rumah itu.
Rhea tak dapat menganalisis siapa. Sebab mereka dalam keaadan gelap. Tetapi dia tahu orang itu berjantina lelaki bila dilihat dari postur badan orang itu, berotot.
"Kau dari mana?" Ainul bertanya dengan nada santai.
Terhenti gerakan lelaki itu untuk menaiki tangga. Dia menoleh ke arah ruang tamu, matanya melihat ke arah Rhea. Keningnya terangkat sebelah.
"Gym." lama mata penuh kekosongan itu menilik wajah cantik Rhea. Walaupun dalam kegelapan. Tetapi dia tetap dapat melihat.
Dia tersenyum sinis. Dan kembali menyambung pergerakan yang terkendala untuk menaiki tangga.
Tersepet-sepet mata Rhea untuk melihat wajah jejaka itu. Maklumlah dia rabun. Ainul disebelah mengeleng-geleng melihat kelakuan Rhea.
"Wei siapa tu Ainul? Asal dia pergi gym malam-malam? Dia orite ke tak orite?" Bertubi-tubi soalan dikeluarkan oleh Rhea. Sampai pening Ainul dibuatnya.
"Sabar-sabar, tadi tu abang angkat aku. Dari Edinburgh. Kan haritu bonda dengan ayahnda pergi ziarah kawan baik diorang yang meninggal sebab kemalangan. Pastu-"
Ainul berhenti untuk menelan air liur nya.
"Pastu apa sambung lah cepat!" Ujar Rhea dengan tidak kesabaran.
"Sabar setan! Pastu bonda dengan ayahnda dapat tahu yang kawan diorang ada anak sorang. Pastu diorang kesian, bonda dengan ayahnda bawak balik Malaysia. Pastu dia jadi abang angkat aku."
"Ohh macam tu... Tapi, dia Islam ke?" Tanya Rhea dengan wajah tidak bersalah.
Plak!
Ainul memukul belakang kepala Rhea dengan kuat. "Mestilah tak!"
"Alah! Orang tanya je. Tak payah la pukul-pukul!" Ujar Rhea sambil mengusap-ngusap belakang kepalanya.
"Sorry-sorry. Sakit ke?" Ainul mengusap belakang Rhea dengan riak sebersalah.
"Dah tak. Tapikan nul. Asal dia pergi gym malam-malam?" Ainul memutarkan bola matanya malas.
"Mana la aku tahu. Mungkin otot dia berkembang waktu malam? Tak sure."
"Ohh..." Rhea mengangguk tanda faham.
"Dah pergilah naik bilik aku. Bawak luggage kau sekali." Ainul menolak-nolak Rhea untuk bangun.
"Okay-okay. Aku rehat dulu tau. Kau jangan lupa tidur awal tau!" Rhea memberi pesanan awal kepada rakannya itu. Yelah dia ni selalu tidur lambat je. Selepas itu, dia beredar naik ke atas.
Ainul dari bawah mengawasi Rhea. Selepas Rhea hilang Dari pandangan matanya. Dia mengeluarkan telefon miliknya.
"Dia ada dengan aku. Jangan risau."
Send.To be continued...
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐀𝐒𝐇𝐄𝐑 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍
Romance[ ⚠️ WARNING : CERITA MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR SEPERTI MENTAL DISORDER, PSYCHOPATH, BROKEN HOME DAN LAIN-LAIN ⚠️ ] 17+ "𝓨𝓸𝓾 𝓪𝓻𝓮 𝓶𝔂 𝓸𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷, 𝓪 𝓱𝓮𝓪𝓵𝓮𝓻 𝓐𝓷𝓭 𝓶𝔂 𝓭𝓪𝓻𝓵𝓲𝓷𝓰, 𝓴𝓲𝓽𝓽𝓮𝓷 ..." Asher Lucian Freud, lelaki du...