2

30 3 0
                                    

Tok!

Tok!

"Rhea ni aku, Ainul. Bukalah pintu ni!"

Mendengar itu Rhea sedikit ragu-ragu. Betul ke tu Ainul? Entah entah hantu kopek. Atau jantan tadi! Mungkin dia kepitkan suara dia.

"Buktikan kalau kau tu Ainul!" Rhea menjerit dari dalam tandas biliknya. Haah memang dia sorok dalam tandas pon.

Ainul yang berada di luar bilik Rhea menggaru-garu kepalanya.
'aduh! Macam mana pulak ni"

'Ha! Hehehe' Ainul tersenyum lebar setelah mendapat idea untuk membuktikan dia itu Ainul yang asli.

"Waktu pra sekolah, kau pernah buat muka comel depan crush kau tapi sebenarnya kau tak sedar kat hidung kau ada taik hidung!"

Membulat mata Ainul lepas mendengar kenyataan itu. Dengan cepat ia keluar dari bilik air lalu membuka pintu biliknya.

Krek..

Buka sahaja pintu biliknya ia melihat Ainul diluar sudah tersenyum seperti joker, tersakiti.

"Kau! Asal kau tak tegur aku masatu! Tak guna kau!"

Ainul yang melihat wajah Rhea sudah bertukar menjadi hijau hijau. Alarm di telinga Ainul berdesing menunjukkan dia harus lari sekarang!.

Rhea berlari mengejar Ainul untuk dicubit, dipulas-pulas dan dicincang.

'tak guna punya kawan!'

Secara tak sedar gadis itu sudah melupakan masalah utama kejadian malam itu. Semudah abc untuk mengalihkan perhatian Rhea ni. Sebab itu kadang-kadang Ainul risau. Rhea ni cepat terpengaruh.

Dari dulu lagi.

"Dah dah setohpp hah hah Aku penahttt" Ainul berhenti untuk mengambil nafas. Dia menyandarkan badannya di dinding.

Rhea pun berjalan mendekati Ainul lalu ikut bersandar di dinding sebelah Ainul. Nafasnya tercungap cungap. Tak pernah dibuat orang bersenam malam -malam buta.

Nasib waktu mereka berlari bekerjar-kejaran tadi tidak didengari oleh jiran. Kalau tak. Taktaulah.

Setelah nafas mereka sudah kembali normal. Suasana bertukar menjadi tegang.
Ainul bertukar manjadi mood serius.

"Kau nampak tak muka orang tu?" Tanya Ainul, tanpa menoleh ke arah Rhea. Matanya melihat sekeliling rumah gadis itu. Seperti mencari sesuatu.

Rhea tidak sedar akan tindakan Ainul kerana sekarang dia sedang sibuk menyandarkan kepalanya Di bahu Ainul. Sambil tangannya memaikan jari jemari lentik sahabatnya.

"Tak." Ringkas dah padat. Ainul memandang Rhea dengan tajam.

"Pendeknya information kau ni. Tak membantu langsung." Ainul menghela nafas lelah.

"Dah malam ni sambung tidur rumah aku. Rumah aku tak sunyi, ada bonda dan ayahnda."

Rhea terus duduk dengan tegak. Matanya bersinar-sinar, sampai tekebil-kebil mata Ainul menahan silau.

"Serius la Ainul! Bila diorang balik?! Kau tak bagitau aku pon!" Ujar Rhea dengan nada yang marah.

"Biarlah mak ayah Aku. Bukan mak ayah kau pon. Sibuk je" Ainul membalas pedas. Dia gurau je sebenarnya.

"Yelah... Aku kan dah takde mak. Bapak pun hilang pergi mana tak taulah." Ujarnya berpura-pura sedih.

'Alamak' . Panik Ainul dibuatnya. Lupa pulak dia.

Terus dia meminta maaf dengan Rhea dengan panik. Rhea menahan gelak Di Dalam hatinya.

'tau takut!'

"Sorry wei Rhea, sorry weh." Ainul masih merasa bersalah.

"Dah, dah. Banana already fruit two times bro. It's okay. Aku dah kental" Rhea menepuk-nepuk dadanya bangga.

"Dah pergi kemas baju kau Takkan kau nak pinjam baju dalam Aku kot, kat sana. Kalau muat takpelah jugak." Ainul menolak Ainul supaya bangun berdiri.

"Aku tunggu kau kat ruang tamu."

Setelah melihat Rhea berlalu ke biliknya. Ainul mengeluarkan telefon miliknya. Lalu menghantar massage ke seseorang.

Clear.
send.


Jangan lupa vote
Sayanggggg

𝐎𝐆 | 𝐀𝐒𝐇𝐄𝐑 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍 Where stories live. Discover now