4

32 3 0
                                    

"hoamm good morning semuaa."  Sapa Rhea dengan wajah baru bangun tidur, serabai.

Datin Azizah yang sedang mengediakan sarapan terkejut melihat Rhea berada di rumah mereka.

"Rhea? It's that you?!."

Dengan pantas dia menuju ke arah Rhea untuk dipeluk. Rhea yang tidak siap menerima pelukan sedikit sahaja lagi nak jatuh.

Namun Axel yang baru sahaja turun dari tangga menahan badan Rhea dari terjatuh. Dengan position yang sangat intim. waw so gentle.

Datin Azizah yang baru tersedar segera melepaskan badan Rhea. Namun selepas melihat kelakuan Axel dan Rhea dia tersenyum-senyum sendiri.

'hehe boleh ni boleh'

"Selemat pagi semu-" Ainul yang baru sahaja turun dari tangga terngaga mulutnya. Dia menggosok-gosok matanya tidak percaya.

"What the fuc-"

"Apa? Apa dia?" Laju Datin Azizah memotong ayat Ainul. Dia bercekak pinggang.

Ainul yang tersedar dia termencarut depan bondanya dengan cepat menukar ayatnya.
"Takde takde what the hell, what the hell." Dia tersenyum seperti kerang busuk.

"Apa hell? Heaven!"

"What the heaven!" murung Ainul dibuatnya. Tolonglah masih pagi ni.

Rhea yang malu terus menegakkan kedudukan badannya selepas itu mengacah-acah merengangkan badan nya.

"Erk jom sarapan semua." Rhea menggaru-garu kepalanya kekok.

"cie malu cie takpe kitorang tak nampak pun tadi. Kan Ainul" Datin Azizah menyiku-nyiku anaknya.

"Haah bonda betul-betul" Sekarang kita boleh tahu perangai Ainul dapat dari siapa.

"Bonda, Axel nak pergi gym. Salam." Axel menyalam Datin Azizah selepas itu beredar dari kawasan itu. Telinganya memerah entah malu atau marah.

"Wah dah pandai cakap melayu!" Ainul sedikit bangga dengan Axel. Yelah baru berapa minggu kat Malaysia dah pandai cakap melayu.

Mungkin setahun duduk sini silap-silap pandai cakap mandarin.

"Tengok la siapa yang ajar!" Datin Azizah mengangkat-angkat keningnya bangga. Ainul memutar bola matanya malas.

"Eh mana Rhea?" Datin Azizah baru tersedar Rhea tiada di sebelah mereka.

"Ituu.." Ainul menjuih bibirnya ke arah meja makan.

Kelibat Rhea sedang makan Nasi goreng dengan lahap ditatap oleh mereka berdua. "Rasanya bonda takde bela saka..."

Datin Azizah mengeleng-geleng melihat kelakuan Rhea. Takpelah ni normal baginya. Dia pernah tengok yang lagi extreme dari ni.

Datin Azizah dan Ainul bergerak ke arah meja makan dimana Rhea berada.

Bukk

"Woi, Makan tak ajak!" Ucap Ainul sambil menepuk meja makan.

Uhuk uhuk

"Air... Nak air..." Tersedak Rhea dibuatnya. Memerah mukanya menahan perit di leher dan hidung

"HAHAHAHA MACAM HULK" Tergolek-golek Ainul dibuatnya.

Datin Azizah yang cekap terus mengambilkan air untuk Rhea. Selepas itu, dia mencubit anak daranya yang tergolek-golek lagi. Kalau lama dibiarkan boleh masuk bawah meja dah.

"Auwh aww sakit bonda!"

"Dah-dah tak payah suka sangat! bangun! orang Tersedak tu bukannya nak tolong. Ini gelakkan ishh" Ainul mengusap-ngusap tempat yang dicubit oleh bondanya. Padu betul.

Rhea menahan gelak melihat Ainul yang dicubit. Kalau dia gelak ni, mahu dia kena kejap lagi.

Selepas itu mereka sarapan dengan tenang.

"Mana Ayahnda, bonda?" Ainul bertanya ke arah Datin Azizah yang sedang fukus memakan nugget.

"hurm? Outstation." Selepas itu meja menjadi senyap.

"Rhea nanti kau teman aku pergi satu tempat ni." Ainul kembali berujar.

"okay, pergi mana?"

"Adalah, tapi confirm kau suka nanti."


To be continued...

Tanak vote ke? tak kesian ke? Hurm...

𝐎𝐆 | 𝐀𝐒𝐇𝐄𝐑 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍 Where stories live. Discover now