5

29 2 0
                                    

"Kita nak kemana ni?" Berkerut kening Rhea melihat jalan yang tidak pernah yang dilaluinya. kanan dan kirinya dipenuhi bangunan lama. Ada yang sudah terbengkalai.

"Santai, sekejap lagi nak sampai dah." Ujar Ainul dengan santainya. Dia memandu seperti tiada beban.

Laju kereta Lamborghini itu membelahi jalan.

Brikk

Tiba-tiba Ainul brek mengejut. Terjungkal Rhea dibuatnya. Nasib pakai tali pinggang. Kalau tak mau dia hilang ingatan.

"Ya ya pun nak bunuh diri. Jangan la ajak Aku!"

"Hehe sorry la bebi" sengihan manja diberikan oleh Ainul.

"Jom turun."

Berkerut kening Rhea apabila kereta mereka berhenti betul-betul di hadapan bangunan serba hitam yang erk... usang.

"Kau... nak Jual aku ke?" Rhea memandang Ainul dengan pandangan was was. Ainul menghela nafas lelah.

"kau bodoh ke? Kalau aku jual kau. Aku rasa tak laku pun." selepas itu, Ainul terus keluar dari kereta.

Terdiam Ainul dibuatnya. Selepas itu, gadis itu ikut menyusul.

Rhea memegang belakang baju Ainul sambil melihat kiri dan kanannya. sunyi. Ainul berjalan masuk ke dalam kedai sambil dibuntuti Rhea.Tergeleng-geleng kepala Ainul.

'penakut betul'

Selepas mereka berdua masuk. Ada dua pintu berada di hadapan mereka. Merah di bahagian kiri dan hitam di bahagian kanan. Ainul membuka pintu yang berada di kanannya. Lebih afdal.

Selepas membuka pintu yang berwarna hitam itu. Terselah tangga yang seperti menuju ke arah bawah tanah. Mereka berdua berjalan. Semakin lama semakin terdengar bunyi riuh-rendah seperti sebuah sorakan.

Rhea memandang Ainul. Tetapi, Ainul buat tidak endah sahaja.
Semakin dekat semakin jelas bunyi itu.

Go king! Go!
Go king! Go!

Sampai.

Dihadapannya sebuah gelanggang boxing yang penuh dikelilingi beratus manusia. Mereka bersorak kerana idola mereka hampir menang dalam pertandingan haram itu.

Ainul menarik tangan Rhea untuk duduk di seat paling belakang. Tempat yang sedikit tersorok dari orang ramai. Tapi dapat melihat gelanggang itu dengan jelas.

Terlihat seorang lelaki yang sedang berdiri dan seorang lagi terbaring seperti sudah pengsan. Pengadil sudah mengangkat tangan kanan lelaki yang berdiri sambil meniup wisel tanda kemenangan.

Semua bersorak dengan riuh atas kemenangan lelaki itu. Tetapi mata biru lelaki itu seperti tiada kehidupan.

Kosong.

Rhea menyipitkan matanya. Dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu. Otaknya ligat berfikir.

ting!

Alex?!

Ainul mengangkat tangannya. Memberi isyarat kepada Alex bahawa mereka berdua berada Di situ. Mata biru kelam lelaki itu sedikit terkejut melihat aku.
tetapi hanya sekejap.

Dia mula berjalan keluar dari gelanggang dan mengambil tuala yang sudah tersedia di kerusi bahagian tepi.

Orang ramai beransur-ansur bubar selapas melihat kemenangan idola mereka. Mereka puas melihat hiburan dunia, atas penderitaan orang lain.

Alex berjalan menghampiri mereka berdua. Rhea mula kalut. Ainul disebelah mula dipandang dengan cemas. Tanpa sebab, Ainul menyuruhnya memegang kit kecemasan yang entah darimana gadis itu dapat.

Alex sudah dihadapannya. Rhea dapat melihat wajah jejaka itu dengan jelas. Tetapi, penglihatannya terggangu kerana terdapat kesan koyak dibahagian sudut bibir lelaki itu. Berdarah.

Tetapi, itu tidak dapat mengurangkan kesan kacaknya.

"Duduk."

Rhea dengan refleks menarik tangan Alex untuk duduk disebelah kanannya. Selepas itu, dia mula mengubati luka jejaka itu. Ainul disebelah merasakan dirinya seperti nyamuk.

To be continued...

Mesti confuse Kan siapa ml. Abe sabar be. be releks be. 😄🙏🏻

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐎𝐆 | 𝐀𝐒𝐇𝐄𝐑 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍 Where stories live. Discover now