PERNAH

6 1 0
                                    

Tatkala waktu menghening senja,
hati ku terulik layu mengenang sisipan waktu.

Pernah terdetik di hati untuk menginginkan itu,
namun bila mengelamun semakin jauh,
aku sedar bahawa aku takkan mampu,
mahupun layak.

Tak layak untuk disayangi sang tubuh yang gigih melahirkan,
satu perwira yang lahirnya tangis, dewasanya berbakti.
Bahkan, tubuh yang merengek itu nanti juga pasti tak ku berpeluang untuk miliki hatinya.

Jauh fikiran ku melayang,
hasrat di hati ingin ku miliki kain putih sendiri.
Akan aku corak dengan warna warni kehidupan,
namun, aku sedar diri tak berpelajaran mahupun mahir.

Dua KosongTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang