KALAUPUN

4 0 0
                                    

Kalau pun mereka tahu,
hidup aku sekarang hanya aku jalani untuk menunggu hari tenggelam.
Jika pun hari timbul bersinar, aku hanya kan tetap menunggu hari tenggelam tiba menghening semula.
Dibiarkan sfera itu berpusing seraya sisa yang tinggal.

Harapan diri?
Jauh sudah tertinggal kebelakang.
Seperti sebenarnya tiada apa lagi yang tersisa.
Bukan tak usaha tapi terasa tertakdir begini.

Aku hanya berhajat dilayan sungguh untuk sisa-sisa yang masih aku paksa kutip.
Tapi apa daya ku, aku bukan si ketua mahupun yang disanjung.
Hidup tunduk sebagai yang tertindas kerana mungkin ditulis pena kekal bukan pensil yang bisa dipadam semula.

Aryn, 25 Jun.

Dua KosongWhere stories live. Discover now