Mungkin kita melakar kisah saat sedang berasa nyaman dan selesa.
Bagai tiada badai kan menghentam saat masing-masing berharap pengakhirannya itu indah.Mashgulnya, kita khilaf.
Kita terlupa menambah warna gelap sebagai kontra yang kan lengkapi lakaran tersebut.Ya, pada masa itu bekalan warna gelap terlalu banyak namun kita endah kerana selama ini letih melakar lukisan muram sahaja.
Siapa sangka?
Memang terang gawal itu kerana sebenarnya lukisan yang lengkap perlu kontra gelap untuk menyempurnakannya.Tapi sangka ku, lakaran ini tetap sama seperti lakaran sebelum kita berdua merancang.
Penuh suram dan hanya kisar kegawatan.14:07, aryn.
