MENDENGAR

3 0 0
                                    

Diwaktu langit dicorak bintang ini,
aku biar dahi mendiami tempat sewajarnya.

Aku luah,
aku lontarkan,
biar puas dan lega.

Empangan retina sudah pasti watak utama,
pecah dan retak membasahi ruang kulit di muka.

Cerita pedih malam ini aku biarkan Dia mendengar.

Sebelum ini aku mungkin buta,
kerana tadi sewaktu aku mencuba, ternyata itu posisi terpaling nyaman untuk aku luahkan retakan terpendam.

Dua KosongWhere stories live. Discover now