Ku mohon maaf khilaf ku kerana bersuara.
Aku biarkan nanah anggota pendengaranmu yang seharusnya mendengar alunan merdu dan bukan cerita tolol aku.Senja hari, aku biarkan helaian itu tak terusik, berhabuk.
Namun bila aku cuba selak dan hurai, maaf aku mungkin terlalu teruja di depan kau.
Sudah lama aku peram, maka itu yang terjadi.Maaf lagi kerana khilaf ku ini membiar kau tahu isi helaian-helaian itu dan memaksa kau mendengar setiap ulik yang lagha untuk kehidupanmu.
Aryn, 0243.