CERITA

2 0 0
                                    

Mungkin sekarang aku bukan lagi satu kegemaran,
malah mungkin dari dahulu bukan juga.

Tapi hanya untuk kau tahu, aku masih membelek.
Ya, buku yang kau tutup tanpa pengakiran yang siap.

Aku sedang cuba mengarang,
namun idea aku hanya sia-sia.

Kerana yang ingin menghabiskan cerita itu,
hanya aku.

Kau, tawanya sudah bersama yang lain.
Kau pengarang, namun aku hanya pembaca yang masih menunggu noktah dalam helaian terakhir.

Dua KosongWhere stories live. Discover now