2

57 6 55
                                    

          MAMA baling mangkuk sehingga terkena belakang kepalaku. Habis butiran nasi jatuh berteraburan di rambut dan juga lantai.

"Kau kenapa Erina?!" jerkahku. Mataku tajam memandang wajah mama yang menyinga.

Pagi-pagi dah cari masalah dengan aku. Dah lah aku ada lecture pagi ni. Satu hal pula kena tukar baju balik sebab perempuan tak betul ni.

"Aku? Kenapa? Hey perempuan, kau itu yang kenapa! Mana breakfast aku hah?! Aku bangun pagi, nak makan! Aku tak makan nasi goreng kau ini. Aku tak suka!"

Aku ketawa sinis. Tangan naik meramas rambut. Stress!

"Siapa kata aku masak nasi goreng tu untuk kau? Aku masak nasi goreng tu untuk Liam! Budak 6 tahun tu kalau aku tak suap makan, mati kebuluran lah jawabnya! Nak harapkan kau, Erina? Huh, aku rasa anak kau tu mampus nanti. Duduk dengan kau, macam duduk dalam neraka." naik urat tekakku. Geram.

Anak dia Liam tu, sikit pun mama tak kisahkan. Buat anak pandai, jaga tak pandai! Ibu jenis apa pun aku tak tahu.

You know, sesetengah orang memang tak layak langsung jadi ibu bapa. End up, anak yang trauma seumur hidup.

Liam keluar dari biliknya lalu kaki ku dipeluk. "Afia, Liam nak ikut Afia. Liam taknak duduk dengan mama. Liam takut." bisik Liam

Aku memejamkan kedua mata. Kesian budak ni, takut duduk dengan ibu sendiri. Akhirnya, aku duduk melutut menyamai paras tingginya.

Kepala Liam aku usap. "Afia kena pergi uni, nanti Afia habis lecture, Afia bawa Liam makan burger dekat kedai Mak Jah, okay? Lepastu kita pergi taman makan ice cream."

"Liam duduk diam-diam dalam bilik, main game. Kunci pintu tau? Nanti Afia balik baru Liam buka. Makanan dalam bilik Liam banyak lagi kan?"

Liam angguk. Mukanya sayu.

Aku pegang tangan Liam lalu aku usap. Bibirku tersenyum nipis. Kesian budak ni. Kecil-kecil dah trauma.

Aku bawa Liam masuk biliknya dan aku tutup pintu bilik budak itu. Aku pandang mama yang sedang memeluk tubuhnya.

Jariku naik menunding wajah perempuan iblis itu.

"Kau sakitkan Liam macam kau iron tangan dia minggu lepas, aku tak teragak-agak nak bunuh kau, Erina."

Mama buat muka jengkel. "Eh kau blah boleh tak? Nak muntah lah aku tengok muka kau yang sama macam ibu kau ni."

Aku buat pekak. Malas nak tukar baju, aku pergi sahaja macam ini. Kasut disarung dan epal hijau dicapai.

"Liam ada dekat rumah, kau jangan bawa jantan balik pula." sinisku.

Jeritan histeria mama bergema di ruangan flat blok kami.

Life. Is hell.

***

          EARPHONE di masukkan ke dalam telinga. Podcast Emma Chamberlain dibuka. Di library, tak ramai orang sangat. Aku pun suka study dekat sini.

Kaki melangkah ke rak-rak buku. Aku ambil beberapa buah untuk research purpose. Adalah dalam tiga empat buah.

Selesai pilih buku, aku duduk di tempat aku kembali. Aku keluarkan notepad dan juga pen. Susah betul hidup tak ada laptop ni. Nak beli, tak mampu.

Apa-apalah Afia. Kira bersyukur dah tu kot? Haha! Sejak bila aku reti bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi, ni?

Whatever. Epal hijau digigit sambil aku tulis points atas notepads.

Bulan FajarWhere stories live. Discover now