4

36 6 21
                                    

TW : SELF HARM

         


          LEPAS Fajar tenangkan aku, aku balik ke rumah. Aku tengah kusut gila. Dengan darah Liam yang mengering di baju.

Liam..

Baru aku tutup pintu, mama sudah menunggu di ruang tamu. Iblis itu sedang mengunyah kerepek pisang sambil menonton tv.

Aku mengepal kedua tanganku. Aku mahu bunuh iblis ini.

"Liam mana?" soalnya tidak berperasaan.

Aku susun kasut di rak. Beg sandang aku letak di bahu. "Mati."

Pintu bilik dibuka lalu aku masuk ke dalam. Lepas itu, aku kunci pintu. Beg dilempar entah ke mana. Getah rambut dicabut dan aku rebahkan badanku di atas katil.

Aku hanya merenung kipas yang berpusing di siling. Aku angkat kedua tanganku yang menggigil. Aku tidak tahu mengapa, amarahku melonjak naik. Aku bangun dari katil. Rambutku, aku genggam kuat.

Serabut. Serabut. Serabut.

Aku capai apa sahaja yang berada dekat denganku, aku lempar ke dinding sambil jeritan histeriaku menggila di dalam bilik.

Mataku merah berkaca. Air mata laju menuruni pinggir pipi.

"Everything is just so stupid!" jeritku. Rambut aku tarik lagi. Aku pukul tubuh sendiri. Mengigil badanku menahan marah yang tiba-tiba.

Aku pergi ke dinding. Aku hantukkan kepalaku disitu. Kuat sampai telinga berdensing sakit. Aku tak hiraukan darah yang mula mengalir di celah rambutku yang menuruni pipi.

"Everything... is so stupid!" Aku hantukkan lagi kepala. Tangan, aku tumbuk dinding dengan sekuat hati.

Stupid.

DUB!

My life is so much like hell.

DUB!

I.. hate myself.

DUB! DUB!

Kekura tanganku mula luka.

DUB! DUB! DUB!

Dan disitu, aku menumbuk dengan jeritan yang menggila. Yang sakit. Yang nyaring.

I freaking hate my life. I hate myself. I hate everything in me. I hate God. I hate everyone.

Aku tutup telinga. Rasa macam semua suara itu ada di dalam kepala. Bising. Serabut. Tubuh terjelopok jatuh di atas lantai. Aku duduk disitu dengan tangisan yang turun seperti hujan lebat dengan badan yang menggigil hebat.

Penat.

Aku peluk lutut rapat ke dada. Aku gigit bibir sehingga berdarah. Aku benci hidup aku. Aku benci diri aku.

Darah kian mengering di pipi. Kekura tanganku juga mula merah kemerahan dan luka semakin kelihatan.

Aku tak kisah. Aku penat. Aku cuma penat.

Aku kemudiannya merangkak mencari botol ubat. Jumpa. Aku buka penutupnya lalu aku ambil dua biji.

Aku rasa seperti orang gila sekarang ini. Aku tahu, aku sedang berada di luar kawalan.

Ubat itu aku telan dengan mata yang terpejam. Nama ubat itu aku baca. Valium Diazepam. Cool. I need to sleep and calm myself down.

This is just a part of me. Screaming, crying, mourning and grieving on my own.

Bulan FajarWhere stories live. Discover now