6

40 8 84
                                    

Trigger warning! : sexual assault

KAYU besbol yang berada di tangan, aku letak di atas bahu dengan sebelah lagi tangan di masukkan ke dalam poket jaket coklat gelap aku. Disebabkan kasut Converse High Cut putih aku baru basuh semalam dan tak kering lagi, jadi aku pakai kasut Converse High Cut aku yang berwarna hitam harini. Rambut pun macam biasa diikat rendah.

Seluar pula, seluar baggy warna putih. Typical outfit.

Rokok yang diselitkan di bibir, aku biarkan tidak menyala. Aku berjalan dengan earphones yang disumbatkan ke dalam telinga. Lagu tak ada pun sebenarnya. Saja je pakai.

Tapi kan, aku rasa macam gangster jalanan
sekarang ini.

Fajar yang ditepi juga serupa dengan aku. Kayu besbol di tangan. Jaket adidas putih. Earphones di telinga.

Confirmed, kami ialah gangster jalanan Kuala Lumpur. Tak pun, macam pasangan dalam Happiness tu. Pasangan yang menentang zombi. Sae-Bom dengan Yi-Hyun. Hahahah!

"Jauh lagi ke court tu Afia?" soal Fajar.

Aku geleng. "Depan tu je." bibir aku muncung ke arah court besbol yang tidak jauh dari tempat kami berjalan. Hari ini aku ajak Fajar main besbol sebab aku bosan duduk rumah.

Kebetulan Fajar ambil cuti hari ini, jadi dia iyakan sahaja.

Sedang aku dan Fajar berjalan, tiba-tiba ada pergelutan seorang gadis dan seorang lelaki tidak jauh di hadapan kami. Aku tengok pakaian mereka berdua.

Kedua-duanya pelajar sekolah menengah.

"LEPAS LAH!" pekik gadis itu. Cuba untuk meleraikan pergelangan tangannya dari cengkaman yang kuat dari lelaki itu.

"AKU KATA LEPAS LAH MIKAEL!" gadis itu meronta-ronta mahu dilepaskan.

"Ala Jia sikit je." si budak lelaki itu ketawa miang sambil menjilat bibirnya. Suka melihat si gadis meronta-ronta mahu dilepaskan.

Aku berdecit. Dengan kayu besbol di tangan, aku menapak ke arah gadis itu lalu aku tarik pergelangan tangannya dari cengkaman budak lelaki yang cuba untuk menyentuh punggungnya itu.

DUK!

Aku tendang perut budak lelaki itu dengan kuat sehingga tubuhnya terpelanting ke belakang.

"Kau kenapa?!" tengking budak itu sambil cuba untuk bangun dan mahu menerpa ke arahku.

Lambat. Aku ketawa sinis.

DUK!

Aku tendang perutnya lagi. Bergema suara budak itu mendesis sakit bersama badannya yang terseret di atas jalan.

Aku ingatkan nak tumbuk tapi bila ingatkan dia ni masih budak, aku turunkan kembali tangan aku.

Tapi, whatever. I'm a material girl anyway.

DUB!

Berdarah hidung budak itu.

Aku sengeh. Puas hati.

Aku duduk mencangkung sambil bersiul. Identical Card yang tercampak dari begnya, aku ambil. Bibirku terjongket. Kayu besbol menekan pada hujung nama budak itu.

"Khairul Mikael Bin Hisyam." aku baca namanya yang tertera disitu. Mataku tajam memanah mata budak tak guna dihadapanku ini.

"Kau tahu kau boleh masuk lokap atas dakwaan cuba mencabul seorang gadis di bawah umur?" aku campak IC budak itu ke atas lantai.

Bulan FajarWhere stories live. Discover now