8

27 4 13
                                    

AKU suap mushroom soup ke dalam mulut. Kepala sedikit pun tak berani nak angkat. Nak angkat macam mana kalau dah orang depan aku ni tengah pandang aku macam nak tembus.

Tak pasal-pasal pipi aku rasa panas sekarang ni. Reflex lah tu kan?

Kalau dia tanya kenapa pipi aku merah, tak kan aku nak jawab aku nak cendol lagi kut?

Fuh taubat tak nak dah.

Akhirnya, aku berdehem kecil. Saja nak bagitahu manusia depan aku ni untuk berhenti merenung aku.

Fajar tersentak sedikit lalu cepat-cepat dia menghirup teh panas miliknya.

Kemudian, telefon pintar yang berada di atas meja, Fajar ambil untuk menelefon seseorang. Santai sahaja wajahnya menunggu orang yang dihubunginya itu untuk menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Abang Jai. Fajar ni. Saya nak tanya, motor yang saya hantar semalam dah siap baiki ke?"  Fajar mula bercakap melalui telefonnya.

Garfu diambil lalu sepotong Parisien Flan dihadapannya dicucuk sedikit lalu disuap ke dalam mulut.

Motor Luq. Aku sedut ice peach tea milik aku sambil memandangnya.

"Siap petang nanti lah ya? Boleh ke kalau saya nak minta Abang Jai hantar dekat rumah? Nanti saya whatsapp alamat dia dekat Abang Jai. Boleh tak?" sopan Fajar bertanya.

Aku hampir tersedak. Cepat-cepat aku geleng kepala. "Fajar, aku boleh bawa sendiri lah." bisik aku keras.

Mak ai dia ni, tahu lah kaya tapi setakat motor Luq tu, takkan lah sampai nak kena hantar bagai?!

Fajar buat tidak tahu sahaja. "Okay terima kasih banyak-banyak Abang Jai. Saya dah settle payment tu. Nanti abang check tau."

Apabila dia nampak muka aku yang sedang marah ini, Fajar ambil Parisien Flan sedikit dengan garfunya lalu disuapkan ke dalam mulut aku dengan selamba.

Aku merengus kegeraman sambil mengunyah. Dia ni kan!

Fajar ketawa kecil apabila suara Abang Jai mula membebel di sebelah sana. "Lebih tu Abang Jai buat belikan anak abang KFC ke apa ke. Tak pun abang bawa Kak Durrah pergi shopping." teh disisip lagi.

Aku mula curi Parisien Flan Fajar. Sedap lah pula. Lelaki itu pun tidak kisah apabila dia melihat aku dengan selamba menghabiskan pastrynya. Aku terangguk-angguk sambil  makan. Lembut dan creamy. Sedap sangat! Manis pun seimbang.

"Okay Abang Jai. Terima kasih, Assalamualaikum." sesaat lepas itu, Fajar simpan telefonnya ke dalam poket.

Aku masih ralit makan tanpa aku sedar yang Fajar sudah menghulurkan sehelai tisu ke arah aku.

"You eat very well." katanya sambil  memandang pelbagai jenis hidangan yang berada di atas meja yang kesemuanya sudah licin aku sapu.

Daripada mushroom soup, garlic bread, Spanish omelets, French toast, blueberry pancakes, hash browns, telur rebus dengan kicap, muffin, kokocrunch dan yang terakhir,

Parisien Flan milik Fajar. Semuanya licin seorang Bulan Maliha Afia sudah sapu. Haha!

"I have a big tummy you know." aku sengih tak bersalah. Aku minum air aku bagi licin. Memang makanan atas meja ni, semua dah masuk dalam perut aku. Fajar makan pun sikit je.

BURPPP! Aku sendawa tak cover.

"Alhamdulillah." kuat pula tu. Macam sendawa ayah-ayah.

Bulan FajarWhere stories live. Discover now