12

23 2 0
                                    

          KOPIAH putih miliknya diletakkan di atas meja kecil yang terletak di tepi katilnya. Jubah putih yang disarung ke masjid sebentar tadi ditukarkan dengan pakaian casual sahaja.

Badan direbahkan di atas katil. Sebelah tangan dibawa ke dahinya. Dirinya sudah sibuk kembali dengan rutin harian.

Peperiksaan pun sudah habis dan sekarang dia sedang fokus sepenuhnya pada penambahbaikan restoran.

Fajar mengeluh perlahan.

Masuk tahun baru ini, dia pun sudah berumur 26 tahun. Ya masih single dan tak seberapa nak available.

Tawa kecil terletus keluar daripada bibir lelaki itu.

Baru 26. Bukannya 36.

Muda lagi.

Seketika, telefonnya berdering. Nama yang tertera di telefon itu membuatkan sebelah kening Fajar ternaik. Panggilan diangkat lalu telefon ditekup di telinga.

"FAJAR!"

Refleks, Fajar menjauhkan telefon dari telinganya. Wah, bingit betul. Nasib tak pecah gegendang telinga kacak dia ini.

Akhirya, hanya butang speaker ditekan. Pintu bilik dibuka lalu kaki dibawa turun ke dapur.

"Iya, Afia." budak ini memang tak boleh berpisah langsung dengan dia. Mana-mana je mesti kena call tanya itu ini.

Contohnya macam perbualan dia dengan Afia melalui telefon minggu lepas...

"Fajar macam mana nak buat spaghetti Alio Alolo ni? Ina mengidam la pula."

Fajar yang baru balik daripada berjoging itu ketawa sehingga senak perut dibuatnya. "H-hah?!?" berair mata Fajar.

Afia julingkan kedua matanya ke atas. Ini mesti kutuk dia diam-diam ini. "Ish cepatlah!"

"What spaghetti you said?" Fajar sedang menahan ketawanya. Semput. Tuala kecil dibuat untuk lap air matanya yang jatuh. Ketawa tak ingat dunia.

"Alio Alolo. Betul lah kan itu nama dia?" Afia garu tepi kepala. Rasanya betul dah apa yang Ina kata tadi.

"Pst, Aglio Olio. Bukan Alio Alolo." Luq bisik dari tepi. Luq buat muka 'simpan sikit kau punya blur tu untuk anak cucu kau.'

Afia melongo. Maruahnya sekarang ini sudah tercalar. Lagi-lagi apabila terdengar ketawa kecil Fajar selepas Luq membetulkan sebutan nama spaghetti itu kepadanya.

"Nak lagi ke tidak resipi spaghetti Alio Alolo tu Afia?" Fajar teguk air sejuk daripada botol airnya.

Afia berdehem. "Err aaaa ha n-nak. Kau whatsapp ajelah eh? Bye!"

Tut!

Afia letak panggilan.

Dan begitulah ceritanya.

"Weh Fajar."

"Yes Afia, how are you today?" Fajar meletakkan telefonnya di atas kaunter dapur. Sepaket maggi kari dikeluarkan. Kaki pula menuju ke arah peti lalu 5 tangkai cili dan tiga ulas bawang putih yang sudah dibuang kulitnya juga diambil.

Lapar.

"Hehehehe."

Tangan Fajar yang baru sahaja mahu memotong cili itu terhenti.

"Hehehehe."

Telefonnya yang berada di atas kaunter dapur itu dipandang.

"Hehehehe."

Bulan FajarWhere stories live. Discover now