11

23 2 2
                                    

          "KAU tak nak balik rumah ke Afia?" Luq dihujung talian mengeluh perlahan.

"Tak nak." aku kuis-kuis tanah dengan hujung kasut aku. Dah tiga minggu aku keluar dari hospital, tiga minggu itu juga lah aku tidak balik ke rumah.

Entah.

Aku tak ada rasa nak balik. Duduk rumah pun buat apa juga? Kena pukul. Kena maki.

"Kau masih marahkan Erina?" bunyi tv ruang tamu kedengaran dari sana. Juga suara Ina yang menyoal sama ada Luq mahu dia kupaskan epal sekali atau tidak.

Aku bersandar pada kerusi. "Aku tak marahkan dia lah." orang yang lalu lalang, aku pandang. "Aku terluka je." suara aku mengendur. Sejak sebulan kebelakangan ini, sedih aku melampau.

Benda remeh pun boleh buat aku murung lebih dari dua minggu.

"Dahtu kau duduk mana? Bahaya la Afia dekat luar tu. Aku tahu kau tu gangster, tapi kau pun perempuan juga."

Aku muncungkan mulut. Hamdan yang berada di tepi yang ralit mengunyah jambu batu, aku pandang. Sedap betul lelaki ini makan jambu depan aku ya?

"Nak jumpa Fajar..." aku mula mengeluh perlahan. Nak dekat sebulan tak jumpa dia. Luq kata, Fajar yang bawa aku ke hospital tiga minggu lepas.

Ah, aku ingat kenapa. Sebab jari aku tertekan call masatu.

"Aik, kau tak jumpa dia lagi?" Luq kunyah epal hijau yang dipotong Ina sambil berterima kasih dengan wanita itu.

Aku terkebil-kebil. Apa maksud Luq dengan 'kau tak jumpa dia lagi?' tu? "Maksud kau Luq? Tak faham la." jambu Hamdan dicuri satu lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Hamdan pun biarkan aje.

"Setahu aku, dia kata lepas kau keluar dari hospital, dia nak jumpa kau. Ni dah nak dekat sebulan, takkan dia tak jumpa kau kut?"

Aku terdiam. Fajar tak pernah tak telefon aku. Aku pun baru perasan yang dia tak whatsapp aku sikit pun selepas aku keluar dari hospital.

Selalunya Fajar tetap akan bertanya khabar walaupun sepatah.

Kenapa dengan Fajar?

"Hello? Afia?"

Fajar baik-baik sahaja, kan? Tapi kalau Fajar tak okay, macam mana? Fajar tak pernah buat begini selama kami berkawan.

"Afia? Kau kenapa senyap je ni? Kau okay ke?"

Nak pergi rumah Fajar ke? Rumah dia tak jauh pun dengan rumah aku. Jalan kaki pun boleh. Cuma rumah Fajar kena masuk kawasan rumah elite lah.

"Kau kena—"

TUT! Aku letak telefon. Badan disandarkan pada kerusi. Wajah diraup kasar.

"Kau okay?" Hamdan suakan sepotong jambu ke bibir aku. Takut-takut dia nampak aku yang sedang serabut ini.

Aku makan sahaja apa yang disuanya. Jambu dikunyah. "Kawan aku. Aku risaukan dia lah Hamdan." aku mengeluh perlahan.

"Kau tak nak pergi rumah dia ke? Jumpa dia?" Hamdan peluk tubuhnya sambil memerhatikan kanak-kanak yang girang bermain di taman.

Ramai juga gadis-gadis muda dan sebayanya yang sedang ralit memandang ke arah sini. Ada yang tersenyum gedik, ada yang malu-malu apabila mata mereka bertemu dengan Hamdan.

Penatnya jadi kacak ini.

"Nak la. Tapi kawasan dia duduk tu rumah elite. Mesti kena halau bro kalau guard tu nampak aku." aku mengeluh. Aku nak jumpa Fajar.

Bulan FajarWhere stories live. Discover now