15

48 3 12
                                    

          SUDAH seminggu kami semua pulang daripada London. Hari-hari berlalu seperti biasa. Luq sudah kembali berkerja. Ina sedang berehat di rumah.

"HOI PUTERI DI BAWAH LINDUNGAN BULAN!" Ekal datang meletak sepinggan burger daging di atas mejaku. Segelas milo ais juga diletak sama.

"Dah habis SPM pun aku nak kena hantar burger dekat kau ke do." Ekal tarik kerusi di hadapanku lalu punggungnya dilabuh ke situ.

"Aip Ekal! Apa cakap kasar-kasar dengan Afia macam tu? Mak geram betul dengan engko ni tahu?!" Mak Jah angkat sudip tinggi-tinggi. Kecil besar kecil besar sungguh dia dengan anak lelakinya ini. Baru tiga hari habis SPM dah lagak besar macam ni.

Ekal sengih. "Mak cantik bila marah. Patutlah Ekal hensem."

"Kal." Mak Jah buat muka penat.

"Ya mak."

"Senyap kal. Senyap."

Ekal ketawa terbahak-bahak. Mungkin Mak Jah dah penat melayan dirinya. Suka betul mengusik maknya itu.

"Kau tak nak potong rambut ke Ekal?" soalku. Aku tarik pinggan mendekat.

Ekal sedut air aku sambil menyapu air mata yang terkeluar akibat ketawa terlalu kuat sebentar tadi. "Kenapa?"

"Rambut kau panjang sebelah sampai tertutup mata. Kau emo ek."

Ekal menongkat dagu. Rambut emonya diketepikan dengan tangan. "Emo sangat eh kak?"

Aku angguk.

"Patutlah dia tak suka aku."

"Kau ada suka budak sekolah kau ke?" aku gigit burger daging itu. Sedap.

Ekal sengih. "Ahahaha... macam tu lah." namun wajahnya berubah mendung. "Dia cantik la kak. Sumpah cantik. Kau tahu, aku suka gila tengok dia melukis bawah pokok masa rehat. Setiap hari, masa rehat, memang dia akan melukis sorang-sorang bawah pokok. Tapi tulah, aku siapa je. Emo."

Ekal pandang bulan.

"Dia macam bulan."

Aku dengarkan je. Tak pernah-pernah Ekal macam ni. Tengok mata dia, aku boleh katakan dia tengah serius.

Seemo-emo Ekal, dia ni sebenarnya hati lembut juga.

"When the world is dark and ebony, she shines the most. She looks like a lost soul too. Dia macam, kehilangan sesuatu dalam hidup dia."

"Ada masa, aku tengok dia macam tengah sedih sangat. Ada masa, aku tengok dia tak ada perasaan. Antara dua tu je kak. Aku tak pernah tengok dia senyum."

Aku terangguk-angguk. "Dah tu macam mana kau boleh cakap dia cantik?"

Ekal tunjuk bulan.

"Kau tengok bulan kak. Bulan tak buat apa-apa pun tapi orang boleh nampak betapa cantiknya dia dekat atas sana. Walaupun dalam kegelapan malam, kecantikan dia masih boleh dilihat."

"I'm not really a poetic person so I don't know how to desribe else. Kau faham-faham jela kak maksud aku apa."

Aku dengan Ekal sama-sama gelak selepas itu.

Tak apa, Kal. Aku faham.

"Cheesy juga eh kau."

Ekal mencebik. "Well."

"Have you tried approaching her first?" satu suara garau menyampuk dan tempat duduk di tepiku diambil.

Kunyahan terhenti. Figura tinggi di tepi aku ini, aku pandang dengan wajah yang mendatar. Mana-mana aku pergi memang dia ni ada sekali ke?

Bulan FajarWhere stories live. Discover now