1.

18 1 0
                                    




" BERAPA KALI AKU NAK CAKAP?! BERHENTI PERANGAI HANTU JUDI KAU TU?! KENAPA KAU TAK PERNAH NAK DENGAR CAKAP AKU?!" lantai yang bersepah dengan barangan bertaburan di atas lantai dan dinding rumah dilempar cat merah, suara jeritan Intan Risa memenuhi rumah teres setingkat itu.

Lelaki yang dihadapan Intan hanya terdiam. Mulutnya seakan terkunci, tidak dijawab dan tidak membangkang. Dia mengutip barangan yang terjatuh di atas lantai, perlahan-lahan meletakkan diatas meja kayu tepinya.

" AKU TENGAH CAKAP DENGAN KAUKAN?! KENAPA DIAM?! SEKARANG BARU RASA MENYESAL?!" air mata dikesat kasar olehnya. Mengapa ujian yang sebegini kau bagi kepada hambamu ini Ya Allah...

" Abang minta maaf , Intan..." suara sayu kedengaran.

" Setiap kali kau buat salah kau minta maaf, tapi apa yang berubah sebenarnya?" Intan menyoal secara sarkastik, jemu dengan perangai abangnya bernama Irman Rizqi.

Intan berjalan mendekati Irman.

" Berapa jumlah hutang kau?" Intan melihat terus ke dalam anak mata abangnya. Suaranya bergetar dan perasaan yang bercampur baur cuba untuk disimpan.

Irman terdiam seketika. Dia mengelak dari pandangan Intan, risau, gelisah,kecewa menghantui dirinya. Tidak mahu satu-satunya adiknya itu mengetahui tentang jumlah pinjaman hutang tersebut.

Intan menyoal sekali lagi, dan sekali lagi juga Irman hanya terdiam.

Intan menunduk seketika, dia ternampak sehelai kertas buruk di bawah tapak kakinya. Dia mengerutkan dahi dan mengutip kertas tersebut.

Tertulis:

KALAU KAU TK RETI NAK BAYAR HUTANG, MALANG PETAKA YANG AKAN DATANG! BODOH!

Tulisan tersebut ditulis dengan cat berwarna merah. Degupan jantung Intan mula berdegup dengan laju, entah apa yang akan jadi lepas ni? Rogol? Bunuh? Culik aku jual kat Dark Web?

Melihat reaksi Intan yang telah membaca kertas tersebut, Irman hanya mampu untuk berterus terang.

" RM50,000"

Mata Intan terbeliak mendengar harga yang disebut oleh Irman, mukanya mula kemerahan bak tomato, nafasnya mula dihembus dengan kuat. Tangan Intan dengan pantas menyinggah ke pipi abangnya.

Pap!

" KAU GILA?! MANA KITA NAK CARI RM50,000 TU?!" tangan Irman menggosok lembut pipinya. Langsung tidak membalas tamparan adiknya itu. Hanya diam dan mata mula bertakungan air mata.

Intan sedar bahawa tindakannya adalah salah, tetapi kebodohan abangnya kali ini amatlah mencabar kesabarannya!

" Berapa lama dia bagi kau masa?" selepas emosi terkawal sedikit, Intan mula menyoal. Kebiasaannya membayar hutang kepada Along mesti ada had masa, jika terlebih tarikh akhir, mereka mesti akan mencari sehingga lubang cacing.

" Dua bulan" Irman patuh menjawab.

Air mata Intan menitis secara automatik selepas mendengar jawapan. RM50,000 adalah mustahil untuk diabayar habis dalam masa dua bulan, tidak mungkin dia mampu untuk membayar segalanya.

Intan meletakkan tangannya di dahi, dia hendak putus asa untuk hidup kalau kehidupannya akan terus begini. Dia menggelengkan kepalanya sedikit manakala air mata terus mengalir.

Intan tidak lagi menyoal dan memarahi Irman, dia hanya berjalan ke arah biliknya meninggalkan abangnya keseorangan di ruang tamu yang masih bersepah.

***

Walaupun runsing dengan hal hutang yang masih tidak terbayar oleh abangnya itu, Intan masih tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam, dia mengambil wudhuk, menyarung telekung dengan keadaan air mata yang masih membasahi pipi.

Intan menunaikan solat asar.

Usai solat asar, Intan menyiapkan dirinya untuk keluar. Getah rambut diatas meja solek kecil diambil lalu digunakan untuk mengikat rambutnya yang berwarna coklat pekat. Tidak lupa dengan tote bag yang bersamanya sejak sekolah menengah lagi, dia mengisi barangan yang penting ke dalam begnya lalu memboloskan diri keluar dari bilik.

Ruang tamu rumah tidak lagi bersepah seperti tadi, tiada barangan yang bertaburan di atas lantai, meja dan kerusi juga tersusun rapi ke tempat asal.

Intan mengerling jam dinding, tanpa bertegur sapa dengan Irman, Intan hanya keluar dari rumah tergesa-gesa.

Motosikal yang ditunggang oleh Intan dituju ke suatu tempat asing. Dahi Intan tidak berhenti berkerut, tidak pasti sama ada tempat yang dituju ini betul atau tidak.

Entah berapa kali dibelok kanan dan kiri, akhirnya tempat yang ingin dituju sampai juga. Kawasan tersebut amatlah sunyi, tambahan pula hendak maghrib nasib baik langit masih cerah lagi.

Intan melangkah masuk ke dalam sebuah kedai yang terbiar. Sekeliling dalam kedai itu dipenuhi dengan asap rokok menyebabkan penglihatan Intan kabur.

Intan masih mara kehadapan perlahan-lahan. Matanya melilar melihat sekeliling, takut-takut ada yang culik aku dari belakang kang! Ha, tak pasal-pasal kene jual gitu je.

" Kau ke Intan?" suara garau kedengaran dari belakang.

Intan memusingkan badannya ke arah lelaki berbadan tegap yang sedang melihatnya dengan penuh beku. Intan menganggukkan kepalanya.

" Ikut aku"

Intan mengikuti langkah lelaki tidak dikenali itu. Menaiki tangga dengan berhati-hati sampai di tingkat dua kedai. Sebelum memasuki ke dalam tingkat kedua, ada sebuah pintu yang agak tebal.

Lelaki tersebut membuka daun pintu , suasana di dalam sana sungguh kacau bilau. Ada yang sedang bergaduh, ada yang sedang gembira, ada yang mengeluh dengan kuat. Intan terkedu seketika melihat suasana yang amat asing baginya.

Dia menapak masuk ke dalam, mengikuti jejak langkah lelaki tadi. Intan memandang sekeliling, beberapa lelaki juga memandang balik Intan dan berbisikkan sesuatu.

Aneh sungguh tempat ini... tiada perempuan langsung....

" Kau tunggu ape lagi, masuk lah cepat!" Intan tersentak lalu mengikut kembali langkah lelaki tersebut.

Lelaki itu memasuki ke dalam bilik yang agak gelap, akan tetapi Intan tidak meneruskan langkahnya. Dia tidak sedap hati apa akan jadi kepadanya di dalam bilik itu.

Intan berdiri di depan pintu bilik, teragak-agak untuk masuk.

'Ni untuk abang juga Intan...'

Nafas dihembus lalu tombol pintu dipulas perlahan. Dalam masa yang sama, pintu itu dibuka kuat dari dalam membuatkan Intan melepaskan tangannya dari tombol.

" Kau nak tunggu bape lama kat luar?" lelaki berbadap tegap tadi bercakap dengan nada yang agak tegas.

" S...saya nak masuklah ni..." Intan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Hanya ada sepasang kerusi dan satu meja di dalam.

" Duduk" arah lelaki itu.Intan menarik sedikit kerusi dan melabuh duduk.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berpakaian serba hitam masuk ke dalam bilik dan melabuhkan duduknya di hadapan Intan.

" Kau nak jumpa aku buat apa?"

Luqman's TherapyWhere stories live. Discover now