"kau okay tak?" Luqman menyoal. Dia memandang risau kepada gadis itu. Gadis itu memandang semula jejaka dihadapannya itu. Mereka bertentangan mata.
Luqman seakan mendengar detak jantungnya yang berdegup laju.
satu saat..
dua saat..
tiga saat.." Sa.. saya mi..nta ma..af bang..."
" KAU DIAM BETINA TAK GUNA!" libasan tali pinggang yang kuat hinggap ke badan ibunya.Memori pahit Luqman terngiang-ngiang di kepalanya. Pening yang teruk membuatkan penglihatannya kabur. Dia menggelangkan kepalanya seraya memicit perlahan dahinya.
"Dad..dy.. Lau..Laura yang ss..alah daddy.." air mata Laura mengalir laju menuruni pipi putih mulusnya yang sudah bertukar rona merah.
Badan Luqman mula terhuyung hayang.
Gadis itu berdiri dengan perlahan seraya tangannya setia menggosok lembut punggungnya yang sakit akibat jatuh terduduk tadi.
"Encik?" gadis itu bersuara. Dia melihat keadaan Luqman yang seperti orang tidak betul dah.
"Arghh" Luqman mengerang kecil kesakitan. Lututnya lemah dan akhirnya badannya hendak rebah ke bawah.
Dengan pantas gadis itu sempat memeluk badan Luqman yang seakan ingin pengsan itu.
" ENCIK? ENCIK DAH KENAPA NI?" soalnya dengan cemas. Tenaga gadis itu tidak dapat menampung berat Luqman dan akhirnya rebah juga di lantai.
Luqman sekarang ini berada di dalam dakapan gadis itu. Bahu gadis itu adalah tempat Luqman menongkatkan dagunya. Jarak mereka sekarang ni amatlah rapat sehingga boleh menimbulkan salah faham di mata orang lain.
Gadis itu tergamam apabila menyedari kedudukan mereka sekarang ini. Tidak lama kemudian, dahinya berkerut seribu.
Esakan halus jejaka di dakapannya itu didengari. Walaupun halus tetapi cukup untuk gadis itu sedar bahawa itu adalah tangisannya.
" Encik, kenapa encik... nangis?" soalnya berhati-hati. Agak terkejut apabila secara tiba-tiba jejaka ini menangis. Dia yang tumbuk orang, dia yang nangis?
Luqman tidak merespon. Hanya masih menangis dek kerana kesakitan dan memori pahitnya tiba-tiba kembali dan membuatkan kepalanya sakit yang tak terkata.
" Tak pe kalau encik tak nak jawab pun... saya tak paksa.." Gadis itu seakan memujuk lembut jejaka yang dia sendiri tidak mengenali. Tangan gadis itu mula menepuk lembut belakang Luqman berkali-kali seakan sedang memujuk budak kecil menangis.
Sedar tidak sedar, Luqman lena didakapan gadis itu. Walaupun dengan kedudukan mereka yang kekok, Luqman merasakan keselesaan berada di dalam dakapan gadis itu.
Gadis itu menyedari tiada lagi esakan dari jejaka itu terus memberhentikan perbuatanya.
'tidur ke?' getus hati Gadis itu.
" by the way nama saya Intan." kata Intan perlahan.
Tak kisah kalau jejaka dihadapannya dengar atau tidak asalkan dia sudah memperkenalkan dirinya." HOI! KAU BUAT APA NI?!"
***
Motosikal kecil Intan meluncur laju masuk ke dalam ajung rumah yang hanya muat sebiji kereta sahaja.
Langit sudah bertukar gelap, azan maghrib juga sudah berkumandang waktu Intan dalam perjalanan pulangnya ke rumah.
Intan membuka daun pintu lalu menapak masuk ke dalam rumah. Gelap. Seperti tiada penghuni di dalam.
YOU ARE READING
Luqman's Therapy
Romance[ 1st vol. BlackRoses 🥀] Luqman Jackson : Seorang jejaka berdarah kacukan cina dan melayu. Hampir putus asa untuk hidup dek kerana masa lalu yang menguatkan dirinya yang kini. Tetapi walupun sudah berlalu, luka dulu tetap akan meninggalkan parut...