6.

9 1 0
                                    




Tingkap kereta diturunkan sehingga paras hidung. Mata Luqman ralit memerhati gadis yang baru sahaja sampai di tempat kerjanya, tadika Kemas.

Setelah melihat Intan memasuki pintu tadika tersebut terus dia menaikkan semula tingkap kereta sebelum pecut keluar dari perkarangan rumah tersebut.

'Intan Risa'


***

Intan memakirkan motornya elok di anjung kereta. Helmet dibuka lantas dia mengeluh penat.

FUH!

" Sesak nafas beb." helmet diletakkan di dalam bakul motor. Kunci diambil lalu kasut dibuka sebelum Intan masuk ke dalam tadika serupa rumah itu.

Tadika Kemas yang Intan bekerja bertempat di perkarangan rumah teres dua tingkat. Semua rumah di situ tidak lah terlalu besar dan tidak terlalu kecil, just nice.

" Assalamualaikum.." Intan memberi salam dengan senyuman manisnya. Dia mempunyai eyesmile apabila tersenyum, hilang biji mata entah kemana.

" Waalaikummussalam.. Intan." Puan Tina a.k.a pengetua tadika menjawab salam.

Tangan masih ligat menyapu lantai.

" Tak de yang datang lagikan?" soal Intan.

" Haah, budak-budak tu tak sampai lagi. Tak lama lagi sampai lah tu." jawab Puan Tina.

Habuk-habuk yang sudah dikumpulkan disedok ke dalam penyodok sebelum Puan Tina membuang habuk-habuk itu ke dalam tong sampah di tepi tangga.

" Assalamualaikum teacher~" kedengaran bunyi seorang budak lelaki kecil memberi salam dengan agak kuat dari luar.

" Panjang umur dah sampailah tu. Macam biasalah ye Intan." ujar Puan Tina. Baru sebut dah sampai, masin betul mulut aku ni.

" Haah yelah Kak, panjang umur. Saya pergi dulu ye." Intan meminta diri lalu kakinya menapak ke arah pintu utama.

Budak kecil lelaki bernama Qarel sedang memegang tangan bapanya dengan tangan kiri manakala sebelah lagi sedang memegang beg boboiboy yang mencecah lantai. Dia tersenyum melihat Intan. Terserlah giginya yang hanya beberapa batang sahaja.

" Waalaikummussalam, Qarel. Jom masuk, nanti daddy Qarel lambat pergi kerja nanti." Intan berkata seraya mengambil beg boboiboy yang berada di tangan Qarel.

Beg bertukar tangan.

" Okay!" girang Qarel. Terus dia menyambut huluran tangan ayahnya untuk bersalaman.

" Jangan naughty naughty ye Qarel? Nanti daddy bagitahu mummny." pesan ayah Qarel yang bernama Qayyum itu. Dia membelai kasar rambut anak lelakinya.

"Alah.. Daddy senyap-senyap je lah!" Qarel berkata.

" Hm.. tengoklah macam mana..." meleret Qayyum berkata. Sahaja mahu mengusik anak lelakinya itu.

Qarel terdiam. Muka girang bertukar cemberut. Sungguh dia tak suka kalau ibunya marah-marah. Macam singa betina!

" You amik anak i ni, i gerak lu. Pape rojer Sarah. Jangan rojer i." kata Qayyum. Sarah adalah isteri kepada Qayyum dan juga ibu kepada Qarel.

Qayyum hanya membiarkan anaknya kepada Intan. Dia menapak kembali ke arah keretanya lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Tingkap dibuka penuh.

" Daddy nak bagitahu juga bluek!" usik Qayyum sambil menggunakan jari telunjuknya menarik sedikit kulit bawah mata kanannya ke bawah sebelum keretanya laju memecut di atas jalan raya.

Luqman's TherapyWhere stories live. Discover now