5.

14 1 0
                                    

Luqman meneliti maklumat yang terpampang pada skrin iMac hadapannya. Intan Risa...

Intan Risa binti Ilham Rahmat. Berumur 25 tahun. Memegang sijil diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dan sedang bekerja sebagai cikgu tadika di Tadika Kemas. Tidak dapat sambung Degree disebabkan duit biasiswanya dikeluarkan untuk membayar hutang keluarga. Mempunyai seorang abang bernama Irman Rizqi yang masih lagi bujang. Bapanya, Ilham Rahmat berada di dalam penjara menakala ibunya, Raisya Renne berkahwin lain selepas mereka bercerai.

Status: Masih bujang dan tiada teman lelaki.

Luqman mengangkat sebelah alis keningnya. Bujang? Tiada teman lelaki? hm..

Senyuman penuh bermakna terukir.

Lamunan berakhir apabila seseorang mengetuk pintu bilik officenya. Luqman tersetak. Wajah dingin kembali mengambil alih.

" Tuan.. maaf menggangu tapi ada seseorang nak berjumpa dengan tuan." PA Luqman, Medina berkata. Wajahnya jelas kusut.

Puas dia menghalang, tetapi degil sungguh makhluk Tuhan ini!

" Siapa?" soal Luqman seraya mengerutkan dahinya sedikit. Siapa yang nak main masuk je office aku tanpa appointment ni? Setahu dia, dia sudah berjumpa dengan semua klien dan tiada pun yang tertinggal.

Tidak sempat Medina hendak menjawab semula soalan Tuannya, seorang gadis yang agak tinggi beberapa cm dari Medina sudah redah masuk ke dalam office Luqman.

" Hai Luqman My Baby Boo!" teriak gadis itu. Lantang sungguh suaranya sehinggakan dahi Luqman berkerut seribu.

Madina hanya keluar meninggalkan mereka berdua tanpa berkata-kata.

" Rose?" seperti tidak percaya akan gadis yang bernama Rose ataupun nama panjangnya, Rose Chantria Manroe, boleh berani berhadapan dengan dirinya sekarang. Ingatkan dah lama mampus, rupanya hidup lagi.

" Yes, baby boo? Kenapa? Terkejut sangat ke?" soal Rose dengan nada gediknya. Wajah kacak Luqman yang seperti tidak puas hati dipandang. Sungguh kacak lelaki didepannya itu!

Matanya yang cukup menggoda, hidung mancung seperti orang barat, bibir munggil kemerahan semula jadi, bentuk badan yang terserlah sasa dan paling penting aura kelelakiannya yang boleh menarik perhatian setiap gadis. Fuh!

" Apahal you tiba-tiba muncul?" soal Luqman, Dingin.

" I rindu youlah, baby boo.." jawabnya meleret. Mungkin hati Encik kacak ini boleh cair dengan dirinya. Manalah tahu kan? Dia cantik kut seksi pulak tu tak mungkin tak cair punyalah.

" Kau tak payah nak meng-baby boo kat sini. Blah sekarang." suara Luqman bertukar tegas. Hatinya makin panas dengan telatah gedik Rose. Nak aje aku sepak keluar tingkap minah ni, office aku bukan dekat second floor atau third floor tapi 20th floor. Memang sah-sah arwah jadi kang.

" Alah you... I baru je sampai tau. You tak kesian kat I ke, Baby?" Rose mencebik seraya ingin melabuhkan duduknya di atas sofa yang tersedia di dalam office Luqman yang besar gedabak ni.

" Eh eh! Bila masa i jemput u duduk?" halang Luqman. Rose mematikan tingkah lakunya.

" And since when i told you to come over? You yang tergedik nak datang sini apasal,i pulak nak kesiankan you?" sinis sekali Luqman berkata. Sudah masak dengan perangai Rose yang bertalam dua itu.

Bila balak dia hilang, baru nak terkedek-kedek meraih kasih sayang kat orang lain pula. Dasar perempuan tak guna. Tak rasa malu ke dengan diri sendiri?

" You're so rude! I nak bagitahu mummy i !"

Luqman's TherapyWhere stories live. Discover now