3.

11 1 0
                                    




Irman meletakkan lauk diatas meja makan dengan berhati-hati kerana lauk yang baru dimasaknya masih lagi panas. Dia mencedokkan nasi ke dalam dua pinggan yang tersedia di atas meja lalu membawa pinggan-pinggan itu ke arah meja makan yang berada di ruang tamu kecil.

" Intan jom makan!" Irman mengajak adiknya yang berkemungkinan masih berada di dalam biliknya tetapi tiada yang menyahut.

Irman mengeluh perlahan. Dia memikir yang Intan masih tidak memaafkannya ,oleh disebabkan itu dia berkurung di dalam bilik dari tadi.

Irman mengetuk pintu bilik Intan dengan lembut.

"Intan... Jom, makan." lembut suara Irman memanggil. Dia perasan yang pintu tersebut tidak berkunci lalu dia memulas tombol pintu perlahan-lahan.

"Intan?" Irman menjenguk sedikit ke dalam bilik itu. Irman mengerutkan dahinya.

'mana pulak dia pergi ni'

Irman tutup kembali pintu bilik Intan lalu bergegas melihat ke arah tingkap rumahnya. Tiada motor Intan kelihatan diluar. Hanya motor miliknya yang terletak elok di depan rumah.

" Dia keluar ke?"

Irman berjalan kembali ke arah meja makan. Dia melabuh duduk di atas kerusi seraya melepaskan keluhan yang panjang . Dia kecewa dengan dirinya yang gagal menjadi seorang abang yang bertanggungjawab untuk adiknya.

Selepas bapanya masuk ke penjara, ibunya terus kahwin dengan duda kaya dan meninggalkan mereka berdua sahaja. Waktu itu Irman hanya berumur 14 tahun manakala Intan hanya 10 tahun, semua kerja rumah diuruskan oleh Irman kerana Intan masih lagi budak yang tidak tahu apa-apa.

Sehingga kini kerja rumah seperti memasak, melipat baju, mengemas rumah semua diuruskan oleh Irman sahaja. Intan mula berkerja separuh masa pada umur 16 tahun untuk menampung kehidupan mereka berdua.

'maafkan abang, Intan..'

***

" nak ke mana cik adik oi..?" Intan mengangkat pandangannya melihat lelaki di depannya tersenyum miang.

Intan mencebik. Lelaki di depannya menghisap rokok yang sudah dikemam sekilas lalu menghembus asap rokok ke udara.

' haish apa pula nih'

" Kenapa muka masam je? Jom kita have fun nak?" senyuman miangnya masih tidak lekang dari bibir. Akan tetapi ajakannya bagai angin berlalu buat Intan.

Melihat Intan yang masih tidak memberi sebarang respon, lelaki itu mula menapak ke arahnya.

Putung rokok yang sudah hampir dihisap habis olehnya dibuang ke arah lantai dengan bersahaja. Beberapa tapak sahaja lelaki itu sudah berada tepat dihadapan Intan.

Mata-mata dikeliling tidak dihiraukan.

Lelaki itu memandang tepat pada wajah cantik Intan. Mencabar keimanan betul! Tahi lalat yang terletak di bawah mata dan ditengah bibir Intan membuatkan struktur wajahnya lebih menonjol.

GULP.

Intan meneguk kelat air liur apabila terasa tekaknya agak kering. Otaknya sekarang ini ligat memikirkan cara untuk keluar dari tempat kotor ni. Lagi lama dia berada di sini, lagi naik mendadak nafsu jantan-jantan tak guna tu nanti.

" Hei,hei nak gi mana?" Tidak sempat Intan hendak melarikan diri, lelaki itu sudah pun memegang kemas lengan Intan. Intan mengerutkan dahinya.

" Ish tak payah lah nak pegang-pegang!" bentak Intan dengan kasar. Tangan besar lelaki itu ditepis kuat sehingga penggangan itu dapat dileraikan.

Luqman's TherapyWhere stories live. Discover now