♪ secret love ♪
" Assalamualaikum semua, harini kita ada murid baru, yang akan masuk ke kelas kita." Kata cikgu Dina yang baru sahaja masuk ke dalam kelas bersama seorang murid perempuan di belakangnya mungkin tu la murid barunya.
"Awak boleh perkenalkan diri awak."
" Hi nama saya Nely Batrisya. Panggil saya Nely. Selamat berkenalan." Kata gadis yang bernama Nely itu. Cantik namanya tapi perangai kita belum tahu .
"Okayy Nely awak boleh duduk di sebelah Sya." Kata cikgu Dina sambil menghalakan jari telunjuknya kearah aku. Oh ye lupa nak bagi tahu satu baris boleh tiga orang duduk so sebelah kanan aku ni kosong sebelah kiri ni ada Evan. Aku mengangkat tangan gembira, mungkin Nely ini kawan perempuan pertama aku mana kita tahukan tiba tiba hati Evan lembut ke .
Nely menuju kearahku . Dia melabuhkan punggung ke kerusi lalu menumpukan perhatian ke arah cikgu Dina yang sedang mengajar.
Rehat
Okayy sekarang aku sedang memujuk Evan supaya dia bagi aku berkawan dengan Nely. Nely disebelahku hanya mendiamkan diri dan mendengar perbualan kami.
" Please Evann bagi la aku kawan dengan Nely." Ucapku membuat puppy eyes. Comelkan.
" If i said no then no." Ujarnya sedikit dingin.
"Please dia sorang je kawan perempuan aku please la." Kataku dibuat buat sayu.
"Okey fine tapi kalau ada apa apa jadi dekat kau sebab berkawan dengan dia aku tak nak bertanggungjawab." Katanya dingin kemudian bangun dari kerusi menuju ke kantin diikuti tiga jejaka di hadapan mejaku ini.
Kenapa diorang ni tak suka Nely eh ? Aku rasa dia ni baik je.
"Hii ." Sapaku mesra.
" Hii." Jawabnya kembali.
" Nama kau apa eh? "
"Oh ye lupa pulak aku nak perkenalkan diri , hi nama aku Elvira Qaleesya , boleh panggil aku Sya. " Kataku ceria . Seronok dapat jumpa kawan baru.
"Yang lelaki tadi tu boyfriend kauke?" Tanya Nely bersama muka meluatnya.
" Eh tak la kitorang just childhood friend je." Ujarku sambil memberi senyuman manis kepadanya.
"Ohh . Kau nak rehat dengan aku tak?".
"Nak nak." Kataku gembira. Kami bingkas bangun lalu keluar menuju ke kantin.
20 minit kemudian
Waktu rehat sudah habis dan kami kini berada di kelas semula . Didepan ku kini hanya tinggal Firash yang sedang melakukan homework semasa guru matapelajaran kami mempunyai mesyuarat .
Aku meminta kebenaran ketua kelas untuk ke tandas kerana tadi waktu rehat aku tidak sempat ke tandas .
Aku berjalan ke tandas berseorangan . Sedang aku berjalan tiba tiba terdapat satu kumpulan perempuan yang berpakaian sekolah ketat melanggar bahu aku . Aku hampir terjatuh nasib baik aku dapat seimbangkan diri . Ish ish ish apa nak jadi la diorang ni.
Kini Firash berada di dalam kelas sedang menyiapkan kerja sekolah. Aku melihat Elv keluar menuju ke tandas lalu aku memberi perhatian kepada kerja sekolahku tadi. Sedang aku menyiap kan kerja sekolah tiba tiba Nely di belakangku memanggilku.
" Firash."
"Hm" jawabku malas. Malas ingin melayan budak baru ini .
"Farish.". Panggilnya sekali lagi.
Aku memusingkan badan ke belakang. " Apa kau nak." Kataku dingin.
" Aku nak cakap something ni."
"Cepat jela cakap aku nak siapkan homework ni." Kataku malas.
"Tadi masa rehat Elv ada cakap dekat aku something pasal korang." Elv cakap pasal kitorang kat orang luar? Aku tak rasa Elv macam tu . Ke perempuan ni sengaja reka cerita . Layankan jela.
" Dia kata , dia annoying dengan kau ni sebab banyak sangat bercakap sampai tak berhenti." Katanya tenang. Aku banyak bercakap? Setahu aku , aku la yang paling pendiam dalam grp kami itu.
"Lepastu dia kata yang Fitri ni pendiam sangat lepastu dia cakap Fitri ni sombong sangat. Farish pulak dia kata selalu cakap belakang ." Sejak bila Fitri jadi pendiam . Sah perempuan ni gila.
___________________________
Jgn lupa follow tiktok author @luvlylyas .
Thank you 💘
YOU ARE READING
Elvira Qaleesya ✔️
Novela Juvenil" Kau tak dibenarkan berkawan dengan orang lain selain aku." - Evan Irsyad "What no, kenapa aku kena ikut cakap kau pulak." Elvira Qaleesya "Kalau kau tak ikut cakap aku, aku bagitahu mak kau yang kau sebenarnya suka aku." - Evan Irsyad ".........."...