3 bulan kemudian...
Dari muka pintu, Iman pandang Dhiya yang duduk bersandar di kerusi bersebelahan dengan tingkap sambil membuang pandang ke luar.
Dia berpeluk tubuh, dari Kuantan dia datang ke sini untuk melawat Dhiya. Tidak lah selalu tetapi dalam sebulan tu ada lah sekali dua dia akan datang, kalau tak sibuk.
Tapi walaupun Iman tidak lah selalu datang, kali ini dia perasan akan perubahan Dhiya. Memang lah kesihatan Dhiya tidak menunjukkan sebarang peningkatan, tidak lah juga menunjukkan penurunan.
Cuma, Dhiya lain.
Dhiya banyak diam dan termenung. Kalau dulu ada lah juga dia menjawa dengan tawa. Kini hanya sepatah-sepatah.
"Dhiya."
Tidak dijawab panggilannya membuatkan Iman berjalan mendekati Dhiya.
Bahu disentuh, mungkin termenung. Tapi tak beriak mengandaikan bahawa Dhiya dengar sahaja dia memanggil.
"Jom, aku dengan Dina dah siap masak. Kita makan sekali."
Kepala Dhiya geleng kecil, tidak mahu.
Iman lepaskan helaan nafas panjang. "Kenapa? Kau tak ada selera? Aku dengan Dina dah masak lauk favourite kau."
Namun Dhiya masih begitu, diam.
"Kau okay tak? Hmm?" risau.
Kali ini Dhiya anggukkan kepala pula.
Melihatkan Dhiya, Iman sandarkan tubuh pada jeriji tingkap, menghadap Dhiya. "Kau ada apa-apa ke nak bagi tahu aku ke?"
Pandangannya dilarikan, tidak memandang Iman. "Aku okay, cuma tak ada selera," memberi alasan.
"Sure?" bukan dia tidak tahu ada perkara yang bermain dalam fikirannya.
Dia angguk lagi.
Iman dipandang, "Kalau aku lapar, aku pergi."
"Okay, panggil je kitaorang." Akhirnya dia biarkan sahaja, tidak mahu memaksa.
Kakinya diatur menuju ke meja makan, yang lain sudah menunggu di sana.
"Dia tak nak makan sekali?"
Soal Medina itu sekadar dijawab dengan gelengan. Dia ambil tempat di sebelah Hadi. Adam dan Syifa juga turut hadir serta.
Kasyaf pandang bilik Dhiya dari jauh. Dia dapat lihat Dhiya yang duduk sahaja di kerusi melalui sliding door.
Pinggan dihulurkan kepada Iman kemudiannya diberikan kepada Syifa. "You nak panggil dia ke?" Medina tanya.
Kasyaf menggeleng. "It's okay. Bagi lah dia rehat."
DARI tadi lagi Hadi curi pandang melihat ke arah isterinya. "Awak okay tak? Senyap je."
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, senyap sahaja Iman. Ini sudah mahu masuk ke Tol Gambang pun diam lagi.
Memang biasanya jika mereka melawat Dhiya, pergi hari balik hari. Kerjaya sebagai doktor memrlukan mereka untuk sentiasa bersedia bagi merawat pesakit.
Kedengaran Iman melepaskan keluhan nafas yang panjang dan berat.
"Panjang sangat mengeluh tu. Pasal Dhiya ke?"
"Saya risau lah pasal Dhiya ni. Saya rasa macam ada something yang dia sembunyikan."
Iman pandang Hadi. "Abang rasa patut tak saya tanya doktor Dhiya? Kalau nak harapkan Dhiya memang dia tak bagitahu apa-apa lah."
"Ishh awak ni. Tu kan private and confidential between doctor and patient. Kita ni siapa je, kawan. Kalau nak cakap from perspective of health care, kita bukan doktor dia juga." Tidak bersetuju dengan cadangan Iman.
YOU ARE READING
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz
RomanceDhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan perm...