Bunyi bising di luar biliknya mengejutkan Medina yang sedang membaca al-Quran sementara menunggu waktu Subuh.
Disebabkan langsir sliding door biliknya sudah ditutup, Medina tidak dapat mengintai apa yang terjadi.
Cuma dia terdengar sayup-sayup kedengaran Kasyaf.
Lelaki itu sudah balik.
Wirid dihentikan, Medina bangun dari duduknya di sejadah dan menuju ke pintu.
Hanya sedikit sahaja yang dibuka, cukup untuk mengularkan kepalanya bagi melihat apa yang berlaku.
Dengan jelas dia melihat Kasyaf yang berlari anak sambil mencempung Dhiya yang sepertinya tidak menyedarkan diri.
"Lasti, cepat buka pintu."
"Baik Kasyaf." Wanita asal dari Indonesia itu menyaingi langkah Kasyaf untuk membuka pintu rumah.
Tangan yang memegang tombol pintu digenggam erat.
Mahu saja dia mendekati mereka, bertanya apa yang terjadi tetapi egonya masih menguasai diri.
Waktu enjin kereta Kasyaf sudah tidak kedengaran menandakan mereka sudah beredar, Medina masih lagi terpaku di muka pintu biliknya.
Helaan nafas panjang dan berat dilepaskan, Medina hanya mampu untuk kembali ke tikar sejadah menyambung bacaan al Quran.
Fikirnya Dhiya akan baik-baik sahaja. Memang pernah Dhiya pengsan tidak sedarkan diri selepas rawatan jika badannya terlalu penat.
Ditambah pula dengan kejadian semalam yang mungkin membuatkan Dhiya dalam tekanan yang berat.
Jadi mungkin dalam dua tiga hari lagi keadaan Dhiya akan baik-baik sahaja.
DI ruang menunggu, Kasyaf duduk di kerusi sambil kedua-dua kakinya bergetar, satu tabiatnya.
Kasyaf masih dalam pakaian semalam sebelum dia keluar dari rumah, menunjukkan yang dia tidak ke mana-mana.
Hanya keluar untuk meredakan amarahnya pada Medina, untuk mengelakkan jika dia melampaui batas seperti apa yang dia hampir lakukan pada Medina.
Dan untuk dia larikan diri dari Dhiya juga sebenarnya.
Kerana apabila dia menatap mata Dhiya ketika mengahalang dia, cukup jelas ada riak kekecewaan.
Itu—
Membuatkan dia merasa bersalah.
Tidak ke mana-mana semalam. Selepas keluar membawa keretanya tanpa tujuan hingga malam, dia hanya memarkir di luar pagar rumah.
Tidak mempunyai kekuatan untuk masuk ke dalam rumah kerana merasa bersalah pada kedua-dua Dhiya dan Medina.
Tadi dia beranikan diri untuk masuk ke rumah. Ketika Kasyaf masuk ke bilik Dhiya, dia sudah lihat cadar dan bantal dipenuhi dengan darah.
Wanita itu, sudah tidak sedarkan diri.
Yang lebih parah, dia sudah hampir tidak dapat mengesan denyutan nadi Dhiya kerana terlalu lemah.
Andai semalam dia tidak keluar dan menemani Dhiya, hal ini tidak akan berlaku. Jika malam tadi dia terus pulang selepas keluar, ini semua boleh dielakkan.
Sumpah, andai berlaku apa-apa pada Dhiya, Kasyaf tidak akan pernah mampu untuk memafkan dirinya.
"Penjaga Puan Nadhiya?"
Kedengaran seorang jururawat perempuan memanngil secara umum. Mungkin kerana di ruangan menunggu itu ada beberapa orang lain juga.
Lagipun sudah lebih 2 jam dari waktu Subuh tadi. Wajar lah jika makin ramai orang.
YOU ARE READING
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz
RomanceDhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan perm...