TDLM - bab 66

15.2K 556 8
                                    

Perjalanan yang mengangambil masa selama 3 jam lebih dari Kuala Lumpur ke Kuantan tamat apabila CRV Kasyaf memasuki perkarangan rumah.

Keretanya bersebelahan dengan kereta Honda Dhiya yang hanya tersadai di situ. Ada dia pesan kepada Pak Su Razlan untuk memanaskan enjin, atau gunakan sahaja jika mahu.

Kawasan rumah menjadi tatapan anak mata Dhiya, sejak tinggal bersama Medina dan Kasyaf, tidaka pernah sekalipun lagi dia pulang.

Jadi mungkin sudah lebih dari 5 bulan dia tidak pulang.

Kepalanya dipanjangkan sedikit untuk melihat halaman, langsung tiada yang berubah.

Taman bunganya yang menjadi hobi suatu ketika dahulu masih segar dengan bunga yang bewarna-warni.

Itu semua pasti kerja Mak Su Nora yang menjaga tamannya.

Anak matanya beralih pada pintu rumah yang dibuka dari dalam, kelihatan suami isteri yang semakin dimamah usia mendekati mereka.

Kasyaf keluarkan kerusi roda dari bonet kereta manakala Razlan membantu Dhiya untuk beralih tempat.

"Abang tolong saya angkat beg diaorang, kesian Kasyaf kena angkat Dhiya." Bonet kereta yang masih belum tertutup didekati oleh Mak Su Nora.

Kasyaf yang baru sahaja selesai membantu kerusi roda untuk mendaki anak tangga tidak jadi untuk masuk ke dalam.

"Eh tak apa, Kasyaf boleh angkat kan." Menghalang mereka untuk mengeluarkan beg bagasi yang agak berat.

"Kasyaf mesti penat memandu, apa lah sangat angkat beg ni." Razlan menolak, dia sudah menolak dua beg bagasi besar untuk ke rumah.

"Kalau macam tu, mak su tolong tolak Dhiya ke dalam boleh, Kasyaf angkat beg yang lain."

Mak Su Nora senyum nipis. Dhiya yang berada di muka pintu ditolak kerusi rodanya Dhiya yang makin sarat untuk ke dalam.

"Dhiya nak duduk mana? Bilik Dhiya ke bilik bawah? Semua bilik mak su dah kemas, dengan rumah Dhiya sekali mak su dah kemaskan." Bibirnya masih menguntum senyuman walaupun hatinya rapuh melihat keadaan anak saudaranya.

Makin kurus, terlalu berbeza.

Sewaktu Dhiya dalam keadaan koma, ada beberapa kali dia datang ke sana untuk melawat.

Hajatnya dia dan suami ingin ke Kuala Lumpur apabila dikhabarkan Dhiya sudah sedar dua hari yang lepas, tapi tidak jadi apabila dimaklumkan bawa mereka yang akan ke Kuantan.

Dan dia faham benar akan maksud disebalik kepulangan itu.

Beg pakaian dikumpulkan bersebelahan dengan tangga. Masing-masing berkumpul di ruang tamu.

"Kalau Dhiya nak duduk bilik bawah, senang sikit nak ke mana-mana, tak turun tangga," tambah Mak Su Nora.

Dhiya diam, berfikir sementara.

"Tapi kalau awak nak duduk bilik awak, saya boleh je tolong." Kasyaf bersuara apabila Dhiya kelihatan berat-berat untuk menjawab.

"Sure?"

Kepala diangguk memberikan kepastian.

"Bilik Dhiya je lah, lama tak tidur situ," jawabnya memberi keputusan.

Semua hanya diam, tidak mempertikaikan jawapan Dhiya.

"Ni semua dah makan ke belum? Mak su dah masak untuk makan siang." Walaupun baru masuk ke angka 12 tenghari, dari pagi tadi lagi dia sudah sibuk berperang di dapur, anak saudara kesayangannya ingin pulang.

"Awalnya mak su masak," Medina menegur mesra.

Senyuman di bibir Mak Su Nora melebar, "Kan semua nak balik, excited lah mak su masak."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now